Hari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan secara rasmi 3 tarikh penting yang bakal menentukan masa depan negara tercinta kita Malaysia.
Hari Sabtu 28hb. Mei, 2018 telah ditetapkan sebagai Hari Penamaan Calon, 9 hari kemudian iaitu pada Hari Isnin 7hb. Mei, 2018 pula telah ditetapkan sebagai Hari Pengundian Awal manakala tarikh yang ditunggu-tunggu oleh Majoriti Pengundi Berdaftar di Malaysia ialah pada Hari Sabtu 9hb. Mei, 2018.
Pengumuman ini agak mengejutkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Tarikh Pengundian Awal dan Tarikh Pilihanraya Umum jelas dilihat dirancang bagi menyusahkan para pengundi dan mengurangkan peratusan keluar mengundi.
Sebelum ini juga SPR telah dipergunakan oleh Rejim Kleptokrat dalam isu persempadan semula yang jelas memihak kepada Rejim Kleptokrat.
Apa perlunya menyusahkan rakyat sendiri dengan menetapkan Tarikh Pengundian pada Hari Bekerja iaitu Hari Isnin dan Rabu? Kenapa tidak ditetapkan lebih awal iaitu pada Hari Sabtu bagi Pengundian Awal dan Hari Ahad bagi Pilihanraya Umum?
Perkara ini sudah pasti akan menyukarkan para pengundi luar terutama para perantau yang terpaksa memohon cuti dan pulang jauh ke kampung halaman masing-masing terutama pengundi-pengundi di Semenanjung yang merantau ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.
Tarikh pilihanraya ini juga akan menganggu proses dan ketelusan pilihanraya itu sendiri kerana tarikh hari bekerja akan memberi kesan kepada Polling Agent, Counting Agent (PACA) yang kebanyakannya adalah orang awam yang bekerja.
SPR telah dipertanggungjawab untuk menetapkan 1 tarikh penting bagi Rakyat Malaysia membuat pilihan penting bagi masa depan Malaysia tetapi 1 hari yang penting dalam masa 1 penggal itupun seakan digunakan bagi keuntungan Rejim Kleptokrat dan menyusahkan rakyat Malaysia. SPR seperti tidak bijak didalam membuat keputusan sepenting ini walaupun selepas 13 kali menguruskan Pilihanraya.
SPR sepatutnya bertindak sebagai Badan Bebas yang membantu memudahkan rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. Adakah SPR mahu terus menerus dilabel sebagai boneka?
Berilah peluang yang adil untuk rakyat Malaysia memilih kerajaan yang mereka hendaki.