Skip to content

Tiada jemputan lantikan Penyelaras Kepenggunaan Parlimen

Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid kelmarin yang dilaporkan secara meluas di media massa.

Sumber: (https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/959837/kpdnhep-gesa-90-parlimen-segerakan-lantikan-pkp)

Timbalan Menteri menggesa 90 pejabat Ahli Parlimen yang masih belum melantik Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) agar segera berbuat demikian.

Saya ingin menegaskan bahawa pejabat saya tidak menerima apa-apa jemputan ataupun maklumat untuk taklimat berkenaan perlantikan penyelaras kepenggunaan Parlimen.

Saya meminta Kementerian tidak anak-tirikan Ahli Parlimen blok pembangkang dalam perkara ini. Kenyataan Timbalan Menteri tersebut juga seolah-olah membongkarkan kelemahan dalam pentadbiran hal-ehwal kepenggunaan oleh Kerajaan.

Sebaliknya, saya mecadangkan satu sesi khas Parlimen untuk membincangkan isu-isu sekuriti makanan serta lambungan inflasi yang meningkat dan hak-hak kepenggunaaan diadakan memandangkan krisis sekuriti makanan serta cabaran kos sara hidup yang semakin mencabar dan kian meruncing.