Dato’ YDP,
Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Titah Perasmian DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.
Mukadimah
Penggal ini merupakan penggal Kedua bagi Dewan yang ke-13. 2 hari yang lepas, apabila pihak kami di sini bangkitkan di sini livestream telah tidak berfungsi semasa ucapan Ketua Pembangkang, YB dari Kamunting telah meminta supaya jangan adakan bad faith. Maka, biarlah pihak kami memberikan benefit of doubt ke atas insiden tersebut, maka dengan ini saya mohon supaya satu footage tanpa diedit dibekalkan kepada ahli-ahli dewan.
Pada masa yang sama, apabila Dewan ini ingin menuju ke arah yang maju, maka sekali lagi saya memohon supaya jawapan kepada soalan-soalan lisan yang tidak terjawab, dibekalkan.
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
13.12.2013 sepatutnya merupakan satu hari yang dapat dibanggakan dalam industry penerbangan di Ipoh dan Perak, yang mana terdapat syarikat airway yang baru iaitu Flying Fox Airways telah menjadualkan penerbangannya ke Medan, Indonesia.
Malah ia telah menjadi satu tanda hitam dalam sejarah penerbangan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Jabatan Penerbangan telah memberikan satu notis 2 minggu sebelum penerbangan oleh Flying Fox Airways bahawa penerbangan yang dijadualkan tidak dapat diteruskan atas alasan bahawa Lapangan Terbang Ipoh yang telah dinaiktarafkan dengan kos RM42 juta adalah tidak selamat untuk pendaratan Boeing 737-400.
Ini merupakan satu perkara yang akan menyebabkan kehilangan keyakinan rakyat dan pelabur penerbangan ke atas Negeri Perak. Cuba kita bayangkan, kerugian dari segi kewangan dan juga reputasi oleh Syarikat Penerbangan dalam isu ini, yang mana hanya notis (Notice to Airmen) 2 minggu diberikan, dan selepas kerja-kerja naik taraf lapangan terbang disempurnakan.
Walaupun hampir 5 bulan berlalu selepas perkara ini berlaku, kita mahu satu penjelasan. Bagaimanakah suatu projek penaiktarafan yang telah memakan kos sebanyak RM42 juta, selepas disiapkan, akan timbul masalah berkenaan dengan “soil” yang sejurusnya menyebabkan airways tidak dapat mendarat? Sampai hari ini tidak ada seorang pun yang diambil tindakan.
Utara Malaysia Airport Terminal (UMAT)
Pada masa yang sama, adalah patut dan perlu untuk Kerajaan Negeri untuk memberikan satu update berkenaan dengan perkembangan cadangan dan projek Utara Malaysia Airport Terminal (UMAT), yang mana pihak kami mempunyai keraguan samaada Kerajaan Negeri pernah berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini. UMAT telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar way back pada bulan Mei 2012, janganlah ia dijadikan ura-ura semata-mata untuk mewujudkan satu “feel good factor” menjelang PRU13. Dua (2) tahun telah berlalu dan kita tidak mendapat apa-apa berita perkembangan lagi, samaada projek ini telah ditolak oleh Kerajaan Persekutan, ataupun Kerajaan Negeri tidak lagi mempunyai minat untuk meneruskan cadangan ini? Kita tidak mahu nampak bahawa, akibat daripada inefificiency Kerajaan yang sedia ada, insiden kerja pembinaan jalan selari di ayer tawar yang memakan 6 tahun baru sampai kerja-kerja permulaan, berulang lagi untuk UMAT.
Kerajaan Negeri hendaklah mengambil maklum, bahawa masa kini merupakan satu masa keemasan untuk berunding dan mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan, yang mana sebelum ini adalah dibimbangkan bahawa ia akan membawa satu ugutan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Pada masa kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang telah mencecah hadnya sebanyak 5 juta pengunjung pada tahun 2013, maka adalah patut dan perlu untuk Negeri Perak mengambil peluang ini untuk mendapatkan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang tersendiri, yang mana tetap akan membawa kebaikan kepada Perak dan juga Penang secara keseluruhan.
Harus diingat, salah satu factor yang penting dalam kemajuan Negeri dari segi pelaburan dan pelancongan adalah aksessibility ke Negeri kita. Cuba bayangkan sekarang, pelabur / pengunjung tempatan yang datang dari Johor Bahru, hendaklah menempusi masa atas jalanraya selama 7 jam sebelum sampai ke ipoh, atau sekiranya menerusi LCCT, memakan masa 3 jam sekepas pesawat mendarat.
Pelancongan
Apabila kita berbincang berkenaan dengan RM8 juta yang diperuntukkan untuk industry pelancongan tahun ini, dan tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia, adalah amat sedih untuk mendapat tahu ada tapak warisan sejarah yang telah menjadi tapak terbiar dan seolah-olah bayi buangan.
Ipoh dan Lembah Kinta sememangnya amat sinomin dengan gunung dan gua batu kapur yang unik. Di Gua Tambun, terdapatnya lebih kurang 30 buah lukisan gua yang memaparkan pelbagai objek seperti manusia, haiwan dan lain-lain yang dilukis menggunakan hematite.
Namun, hakikat yang pahit adalah, lukisan prasejarah tersebut, yang umurnya lebih daripada 3000 tahun, berhadapan dengan kerosakan dan vandalism akibat daripada kegagalan Kerajaan Negeri untuk melindunginya. Imej lukisan yang sebelum ini jelas dan nyata, sudah menjadi amat sukar untuk dilihat.
Saya ingin tanya di sini, apa gunanya sekiranya Kerajaan Negeri setiap tahun menyediakan peruntukkan berjuta-juta, tetapi tapak warisan prasejarah telah dibiarkan seperti bayi buangan dan dibazirkan begitu sahaja. Saya minta satu penjelasan daripada Kerajaan Negeri.
Keyakinan terhadap Penjawab Awam
Dalam bulan March yang lepas, sistem kehakiman kita telah menghadapi catatan sejarah yang pahit. Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, dan 2 hari kemudiannya Pengerusi DAP Kebangsaan, YB Karpal Singh, pula dijatuhkan hukuman denda RM4,000.00 atas satu dakwaan Akta Hasutan.
Saya ingin menyeru di sini supaya Kerajaan tidak menggunakan institusi Peguam Negara untuk mencapai matlamat politiknya. Dalam kedua-dua kes Dato’ Seri Anwar dan YB Karpal Singh, kita telah nampak bagaimana Peguam Negara telah dimanupulasikan untuk membawa dakwaan / penuduhan secara double standard, secara selective prosecution.
Saya tidak ingin komen di sini berkenaan dengan keputusan kedua-dua kes di sini tetapi insitusi Peguam Negera, yang mempunyai cawangannya di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri, haruslah bersikap bebas dan tidak membawa selective prosecution seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan yang sedia ada.
Persoalan timbul, kenapa YB Karpal Singh didakwa, manakala individu seperti Ibrahim Ali dan Nazir Safar yang adalah bebas untuk membuat apa-apa kenyataan sensitive dan mencederakan hati di kalangan kaum? Ini adalah selective prosecution! Kenapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim didakwa, manakala bekas Presiden MCA Dato’ Seri Chua Soi Lek yang mana kesemua aksi beliau dilayangkan dalam CD beliau, adalah immune daripada pendakwaan? Ini adalah selective prosecution.
Di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula, kita berasa aneh, kita mempunyai lebih daripada 100 orang pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, tetapi kerajaan seolah-olah telah tidak percaya ke atas kesemua pendakwaraya atau timbalan pendakwaraya yang sedia ada. Malah, wang rakyat telahpun digunakan untuk mengupah seorang Peguam swasta bernama Dato’ Shafie Abdullah, untuk mengendalikan kes tersebut.
Perkara yang sama telah berlaku di Negeri Perak yang tercinta ini. Pada tahun 2009 semasa krisis perlembagaan berlaku, kita telah menyaksikan dalam Negeri kita bagaimana perkhidmatan Penasihat Undang-Undang Negeri telah ditolak dan firma swasta yang diketuai oleh Dato’ Mohd Hafarizam Harun telah diupah untuk mengendalikan kes-kes bagi pihak Menteri Besar dan Speaker Dewan.
(i) SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU V. GANESAN RETANAM
[CIVIL SUIT NO: A-02-2378-2009] COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
ABDUL MALIK ISHAK JCA; KN SEGARA JCA; ABDUL WAHAB PATAIL JCA(ii) SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU V. GANESAN RETANAM
[CIVIL SUIT NO: 22-118-2009] HIGH COURT, IPOH
AZAHAR MOHAMED J(iii) DATO’ DR ZAMBRY ABD KADIR V. DATO” SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN; ATTORNEY GENERAL OF MALAYSIA (INTERVENER)
[CIVIL APPEAL NO: W-01-112-2009] COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
RAUS SHARIF, JCA; ZAINUN ALI, JCA; AHMAD MAAROP, JCA(iv) YAB DATO” DR ZAMBRY ABD KADIR & 6 ORS V. YB SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU; ATTORNEY-GENERAL MALAYSIA (INTERVENER)
[NOTIS USUL NO: 06-04-2009 (A)] COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
ALAUDDIN DATO’ MOHD SHERIFF, PCA; ARIFIN ZAKARIA, CJM; NIK HASHIM NIK ABDUL RAHMAN, FCJ; AUGUSTINE PAUL, FCJ; ZULKEFLI AHMAD MAKINUDIN, FCJ(v) YAB DATO” DR ZAMBRY ABD KADIR & ORS V. YB SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU; ATTORNEY-GENERAL MALAYSIA (INTERVENER)
[NOTICE OF MOTION NO: 06-04-2009 (A)] FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
ALAUDDIN MOHD SHERIFF, PCA; ARIFFIN ZAKARIA, CJ (MALAYA); NIK HASHIM, FCJ; AUGUSTINE PAUL, FCJ; ZULKEFLI MAKINUDIN, FCJ
Pada ketika itu Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri diketuai oleh Dato’ Ahmad Kamal bin Mohd Shahid, yang saya kenali sejak hari pertama saya menjadi seorang peguam, sebagai seorang yang amat fasih dalam isu perundangan dan kes-kes litigation, dan beliau sekarang telah dinaikkan taraf sebagai Timbalan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, tindakan Kerajaan Negeri ini merupakan satu tindakan memperlekehkan insitusi penjawab awam di Negeri ini.
Saya ingin sekali lagi mendesak Kerajaan Negeri, untuk mengumumkan berapa kos yang telah terlibat dalam mengupah Dato’ Mohd Hafarizam Harun dan pasukannya dalam kes-kes tersebut? Dewan ini haruslah diberikan jawapan kerana ia melibatkan wang Rakyat.
Dan yang saya ingat maklumkan kepada Dewan ini, selepas kes-kes tersebut dikendalikan oleh Dato’ Mohd Hafarizam Harun, syarikat beliau telah dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 billion, apakah kesimpulan yang kita boleh capai?
Pentadbiran Tanah
Tuanku telah bertitah berkenaan dengan kecekapan urusan Pendaftaran Urus Niaga dan Pendaftaran Bukan Urus Niaga yang mana dapat diselesaikan dalam tempoh satu hari. Menurut pengalaman saya, memang saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan kepada kakitangan pejabat tanah yang sememangnya telah mencapai prestasi yang baik berbanding dengan negeri-negeri yang lain.
Namun, apabila kakitangan kerajaan dapat begitu efisien, Kerajaan selaku “policy maker” juga harus mengikut jejak kecekapan kakitangan kerajaan. Baru-baru ini, saya telah menerima makluman berkenaan dengan permohonan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri atau Menteri Besar untuk pindahmilik hartanah, khasnya daripada pelupus Bumiputera kepada penerima bukan bumiputera telah mengambil masa yang amat lama, ada yang berlanjutan lebih daripada 6 bulan. Apabila ditanya, jawapan yang diberikan adalah “masih dalam pejabat exco”. Kerajaan Negeri nampaknya telah amat “reluctant” untuk memberikan kelulusan dalam perkara ini.
Saya ingin bangkitkan di sini bahawa Sekatan Kepentingan untuk pindahmilik tanah, iaitu “MB Consent” haruslah dilaksanakan secara praktikal, yang mana sekatan tersebut hanya patut disekat untuk hartanah pemberian kerajaan dan bukannya untuk hartanah yang melibatkan pembelian individu. Bayangkan, sekiranya pelupusan hartanah belian oleh Bumiputera kepada Bukan Bumiputera selalu disekat, ia hanya akan mengecilkan pasaran pembelian untuk hartanah yang dimiliki oleh Bumiputera tersebut, dan yang mengalami kerugian adalah pemilik bumiputera. Maka, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula keadaan ini dan membuat polisi yang baik untuk kesemua pihak.
Ketenteraman awam dan keselamatan – masalah jenayah
Walaupun index jenayah dikatakan telah merosot, tetapi Rakyat masih tidak berasa selamat di mana-mana. Dalam beberapa miggu kebelakangan ini, saya telah menerima aduan berkenaan dengan kes-kes rompakan di rumah pada awal pagi di kawasan Taman Ipoh Timur. Tidak ada suspect yang berjaya ditangkap untuk kes-kes tersebut.
Pada sidang yang lepas, saya telah menyatakan bahawa selaku wakil rakyat, saya bersedia untuk mencari dana untuk menampung kos dan membina pondok polis di kawasan perumahan berdekatan dengan Jalan Perajurit, tetapi hanya dengan komitment daripada pihak polis untuk menyediakan anggota yang mencukupi untuk menduduki pondok polis tersebut. Saya tidak ingin nampak, apa yang berlaku di kawasan Medan Ipoh, apabila ahli-ahli politik BN membuat publicity sebelum pilihanraya atas satu pondok polis yang siap dibina dengan dana kerajaan pada awal tahun ini, sampai sekarang tidak nampak adalah anggota polis diaturkan untuk bertugas.
Masalah Denggi dan Majlis Bandaraya Ipoh
Kg Simee dan Taman Cempaka telah diklasifikasikan sebagai kawasan wabak dan bahaya sejak akhir tahun lepas. Masalah longkang tersumbat, lalang dan rumput telah banyak kali dibangkitkan dalam Dewan ini, kepada MBI dan juga dalam Jawatankuasa Menangani Denggi, malah, sampai sekarang tidak ada pembersihan berjadual diputuskan oleh MBI.
Kami selaku wakil rakyat ingin tahu, kenapakah system kontraktor pembersihan longkang dan rumput tidak diteruskan untuk beberapa tahun ini? Bayangkan bagaimana 2 orang pekerja MBI perlu menampung kerja-kerja pembersihan untuk 1000 rumah di kg simee, bagaimana masalah tidak timbul?
Saya berharap bahawa Datuk Bandar Ipoh dapat mengambil maklum berkenaan dengan perkara ini, dan sejurusnya mempercepatkan pelantikanm kontraktor swasta dan memulakan kerja pembersihan dengan segera.
Sekian, ucapan daripada saya. Salam Ubah, salam reformasi.
Sekian, terima kasih.