Skip to content

Ucapan oleh ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung semasa membahaskan Bajet Negeri Johor 2018

Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam Bersih.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian bagi perbahasan Bajet 2018 dalam dewan yang mulia ini.

Johor jaya ingin Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22hb November yang lalu.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Sebagai wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat, segala isu yang kami bangitkan dalam dewan yang mulia ini adalah suara rakyat.

Tahun 2018 merupakan tahun Pilihanraya, dengan ini, Bajet 2018 seolah-olah merupakan satu “Bajet Gula-gula” PRU. Sekiranya gula-gula tersebut dapat nikmati, baiklah, tetapi, dukacita Johor Jaya ingin katakan bahawa kebanyakan gula-gula Pilihanraya yang diberi oleh pihak kerajaan hanya “dengar cerita” tetapi ambil masa yang lama baru dapat nikmati.

Janji yang diberi merupakan “Multiple Election Promises”. Ini bermaksud, Janji itu hanya cakap kosong selama ini, setiap kali ulang dan janji tersebut dibawa dari satu penggal ke satu penggal. Biasa perlu umum dalam 2 atau 3 kali PRU baru siap laksanakan.

ISU HOSPITAL PASIR GUDANG

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Salah satu contoh “Gula-gula PRU” yang sangat mengecewakan rakyat, adalah pembinaan Hospital Pasir Gudang.

Pembinaan Hospital Pasir Gudang memang dialu-alukan dan dinanti-nantikan oleh penduduk Pasir Gudang. Dengan ini, kami berasa amat syukur dan sokong apabila pihak kerajaan mengumumkan pembinaan Hopsital Pasir Gudang.

Namun, bagi penduduk di Pasir Gudang, “Hospital Pasir Gudang” serupa nama saje. Sudah beberapa kali nama Hospital ini disebut oleh Ahli-ahli Parlimen , bekas Menteri, Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Johor Jaya faham, pembinaan Hoppital bukannya senang, tetapi, sebagai sebuah pihak kerajaan yang prihatin terhadap keperluan rakyat, berapa lama masa perlu diambil untuk siap Hospital ini?

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Jikalau siapa-siapa yang tidak tahu atau tidak ingat, saya boleh ulangkan Timeline di sini.

Pada Disember tahun 2011 , bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang, iaitu sekarang dah jadi Menteri Besar Johor telah mencadang untuk membina Hospital Pasir Gudang.

Pada Tahun 2012, Menteri Kesihatan telah melawat tapak Hospital dan bersetuju bahawa Hospital Pasir Gudang dibina di Bandar Seri Alam sebagai District Hospital dengan 100 katil. Beliau berkata bahawa sudah memohon peruntukan dan bersedia untuk pembinaan Hospital Pasir Gudang (Ini sebelum PRU 13).

Pada November Tahun 2013, Selepas PRU 13, Ahli Parlimen Pasir Gudang kata, Pihak Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM100juta bagi Fasa 1.

Kemudian, pada tahun 2014, Ahli Parlimen sekali lagi mengumumkan pembinaan Hospital Pasir Gudang telah diluluskan dan dijangka bermula pembinaan pada tahun 2016. Projek ini akan mengambil tempoh 3 tahun.

Pada Tahun 2015, Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan Hospital Pasir Gudang dengan kos RM500juta dalam Bajet 2016.Dan kini, sekali lagi Menteri Besar mengumumkan Isu Pembinaan Hospital pasir Gudang dalam Bajet 2018.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Terdapat banyak keliruan dalam Janji pembinaan Hospital Pasir Gudang. Johor Jaya minta pihak kerajaan memberi penjelasan terhadap semua keliruan rakyat.

Sebenarnya, apakah jenis Hospital Pasir Gudang? mula-mulanya dikatakan sebagai Hospital Daerah dengan 100 katil, kemudian dikatakan sebagai Hospital Pakar dengan 300 katil. Selain itu, Johor Jaya mendapati status tanah tersebut masih belum ditukar.

Perkhidmatan Kesihatan menghadapi pelbagai cabaran termasuk doktor pakar dan ubat yang tidak mencukupi, Dengan ini, bagaimanakah pihak kerajaan memastikan mendapat Doktor Pakar bagi pesakit dengan Hospital Pakar ini?

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Dengan ini, saya kata Bajet 2018 serupa Bajet gula-gula Pilihanraya. Sudah berapa kali kami diberitahu bahawa pembinaan Hospital Pasir Gudang?

Pembinaan Hospital adalah keperluan Rakyat, Demi Rakyat dan Untuk Rakyat. Jangan jadikan demi Barisan Nasional, Demi Barisan Nasional dan untuk Barisan Nasional.

Penduduk harapkan pembinaan Hospital Pasir Gudang secepat mungkin, pihak kerajaan pun beri kami harapan yang besar, tetapi sampai sekarang, kami masih belum nampak satu tiang yang dibina.

Dulu, Ahli Parlimen kata akan bermula pada tahun 2016. Kini, Datuk Exco menyatakan bahawa, pembinaan Hospital Pasir Gudang akan dilaksanakan pada tahun 2018.

Johor Jaya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu Datuk Exco bahawa, bukan Johor Jaya yang mengelirukan rakyat bahawa pembinaan Hospital Pasir Gudang ditangguhkan. Tetapi, Pihak Kerajaan sendiri yang mengelirukan rakyat di mana sesekali berulang pengumuman atau janji ini.

Sebab itu, Johor Jaya katakan ini satu “Multiple Election Promises”.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Kami memahami dan mendapati bahawa Hospital Awam yang sedia ada di Johor Bahru iaitu Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail. Hospital Sultanah Aminah mempunyai 1206 katil, Hospital Sultan Ismail mempunyai lebih kurang 700 katil. Kedua-dua Hospital ini dikatakan sangat sibuk dan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Kini, terdapat beberapa Hospital Swasta di kawasan Pasir Gudang termasuk KPJ Pasir Gudang, Regency Hospital Pasir Gudang dan Hospital Penawar. Bukannya semua pesakit dapat membayar kos rawatan yang tinggi di Hospital swasta.

Dengan ini, Johor Jaya mendapati pembinaan Hospital kerajaan adalah amat memerlukan, kerana bukan sahaja dapat meringankan beban atau trafik bagi kedua-dua Hospital Kerajaan yang sedia ada ini. Tetapi juga dapat meringankan kos sara hidup yang semakin menekan bagi pesakit.

Dengan peningkatan penduduk di Bandar Seri Alam dan Pasir Gudang, kini terdapat sebanyak 60,000 penduduk di Bandar Seri Alam. Johor Jaya berpendapat bahawa Hospital Pasir Gudang dengan hanya 300 katil tidak dapat menampung keperluan rakyat. Dengan ini, saya meminta pihak kerajaan membuat kajian sebelum pembinaan dilaksanakan.

Saya berharap infrastruktur kesihatan ini dapat dibina dengan cepat, tiada lagi alasan penangguhan dan akan disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

ISU TERMINAL BUS DAN TAXI JOHOR JAYA

Yang Berhormat Tan sri Speaker,

Johor Jaya merupakan satu kawasan yang cukup penting bagi pihak kerajaan negeri. Ini telah dibuktikan dalam Bajet 2018, di mana pihak kerajaan negeri sanggup menggunakan Bajet sebanyak RM 1 Billion dalam pelbagai perancangan dan pembangunan khas di kawasan DUN Johor Jaya. Dengan ini, bagi Ahli-ahli dewan yang lain tidak perlulah jealous, kepada Johor Jaya sekiranya tidak dapat peruntukan yang begitu tinggi.

Antara projek pembangunan adalah seperti Pembinaan Hospital Pasir Gudang (RM 500 Juta), Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di Johor Jaya (RM 445 juta) dan Dewan Komuniti Masyarakat India (RM 1 Juta). Ini tidak kira lagi pengumuman atau kerja-kerja menaiktaraf yang lain.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Johor Jaya memang rasa bangga dan gembira apabila terdapat projek yang besar dicadang dan akan dilaksanakan di Johor Jaya. Namun, apabila Menteri Besar mengumumkan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di Johor Jaya, memang saya terkejut. Projek ini mengambil Kos sebanyak RM 445 juta.

Jaringan dan kemudahan pengangkutan awam memang sangat penting bagi rakyat jelata. Sistem pengangkutan awam yang sedia ada masih ada kelemahan yang perlu ditambah baik. Infrastuktur awam juga perlu dinaiktaraf dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, pertama, Projek menaiktaraf Larkin Sentral telah melibatkan peruntukan berjumlah kira-kira RM10 juta. Larkin Sentral merupakan Pusat Pengangkutan Awam yang utama di Johor Bahru dengan lebih kurang 30,000 pengunjung harian. Projek naiktaraf Larkin Sentral melibatkan tiga komponen pembangunan merangkumi pusat tarikan pelancong, tempat mengambil dan menurunkan penumpang secara berpusat dan sistem operasi terminal di Larkin Sentral.

Contoh Kedua, adalah Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). TBS merupakan terminal bas yang penting kerana memberi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia dan mengandungi bangunan terminal utama enam tingkat. Projek ini bertujuan meringankan kesesakan trafik di hentian Puduraya, mengandungi Hab ini melibatkan peruntukan RM570 juta.

Dengan kedua-dua contoh Terminal yang penting ini, Johor Jaya ingin mendapatkan maklumat lanjutan daripada pihak kerajaan negeri. Menteri Besar berkata bahawa Fasa 1 akan bermula pada tahun 2018 dan melibatkan pembinaan terminal bas, tempat letak kereta, medan selera, pasar baharu dan ruang perniagaan. Fasa 1 melibatkan kos (RM 19 juta).

Berapakah Fasa yang akan dilaksanakan? Siapakah syarikat yang bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk melaksanakan perojek ini? Adakah projek ini dijalankan secara tender terbuka ? dan Bila projek ini akan disiapkan?

Hal ini kerana, satu percepsi di kalangan rakyat di mana pihak kerajaan sentiasa membazirkan duit rakyat, beli modal dengan harga yang lebih mahal atau pembinaan yang sentiasa ditangguhkan.

Oleh itu, Johor Jaya perlu memahami dan tetap akan memantau projek yang baru diumum ini supaya projek ini dapat disiapkan dalam masa yang tetap dan duit rakyat tidak dibazirkan.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Di samping itu, Bangunan Bas dan Terminal Taman Johor Jaya dikatakan terletak di satu lokasi yang strategik di kawasan Johor Jaya. Johor Jaya pernah bangkitkan Isu Terminal ini bahawa tandas yang baru dinaiktaraf pada tahun lepas dengan kos sebanyak RM83,652 tetapi gagal berfungsi.

Tandas memang kelihatan cantik, Tetapi, tiada bekalan air dalam tandas. Akibatnya, penyewa kaunter terpaksa mengguna tandas dengan menadah air hujan atau menadah air di tempat yang lain. Sudah satu tahun pun masalah tidak diselesaikan. Ini tetalh menunjukkan kegagalan Program Tandas Sejahtera pihak PBT.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Bukan ini sahaja, Unit kekosongan yang terletak di bangunan tersebut telah mengakibatkan bangunan tersebut seumpamanya bangunan terbengkalai sejak tahun lepas. Sudah lama terbengkalai, dan sudah beberapa kali saya suarakan isu ini.

Dengan ini, Johor Jaya ingin berpandangan bahawa pembangunan dan perancangan tersebut harus mengikut keperluan rakyat. Selain Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), Johor Jaya bercadang pembinaan Pusat Komuniti seperti di Singapura yang merangkumi perkhidmatan PBT, perpustakaan, pos office, ruang aktiviti dan sebagainya bagi masyarakat tempatan.

Isu Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Johor Jaya memang anggap Bajet atau Projek kerajaan sebagai “Multiple Election Promises”. Pengumuman dibuat, tapi dekat pilihanraya baru laksanakan. Lepas pilihanraya, tangguhkan. Nanti nak dekat lagi, umumkan sekali lagi.

Tadi, Johor Jaya dah bagi contoh Hospital Pasir Gudang, sekarang Johor Jaya nak bagi satu lagi contoh.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Dalam Bajet 2018, Pihak kerajaan mengumumkan Bajet sebanyak RM49.5 juta bagi menambahbaik jaringan jalan negeri dan jambatan di seluruh Johor. RM7 juta bagi Pembaikan & Naiktaraf bangunan-bangunan utama kerajaan dan RM630 juta dari MARRIS untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Selama 5 tahun ini, Johor Jaya tetap mengambil berat terhadap Isu Jaringan Jalan terutamanya Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang dalam dewan yang mulia ini.

Sebagai wakil rakyat, Johor Jaya tetap rasa dukacita kerana terpaksa sesekali bangkitkan isu Lebuhraya Pasir Gudang dalam dewan yang mulia ini dan berasa kecewa kerana Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang tidak dirangkumi dalam Bajet 2018.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang dari 4 lorong ke 6 lorong dimulakan pada tahun 2012. Setelah beberapa kali ditangguhkan, baru siap Fasa 1 iaitu dari Persimpangan Kangkar Tebrau hingga Persimpangan Plentong, dengan kos RM148 juta. Ini ambil masa 4 tahun untuk siap 8km.

Bagi Fasa 2A yang masih dalam pembinaan, Iaitu bermula dari Persimpangan Plentong hingga Persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting, sepanjang 7.7km dengan kos RM164juta. Projek Fasa 2A bermula pada Mac 2016 dan jangka siap pada September 2018. Kalau mengikut jadual, Fasa 2A mengambil selama 2 tahun.

Sudah tentu, Fasa 1 dan Fasa 2A yang sepanjang 16km, mengambil masa 6 tahun. Bagaimana pula bagi Fasa 2B (dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting hingga Persimpangan Pasir Gudang, 4km) dan Fasa 3 (dari persimpangan Perling ke Persimpangan Kangkar Tebrau, 7km)? Bila nak mula kerja dan bila nak siap?

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Kali ini merupakan kali ke-9, Johor Jaya memberi pembahasan dalam dewan yang mulia ini. Setiap kali, saya perlu ulang isu ini kerana pihak kerajaan tidak memandang serius terhadap isu keselamatan pengguna Lebuhraya Pasir Gudang.

Bukan sahaja, projek menaiktaraf tidak siap, masalah-masalah lampu jalan yang begitu bahaya pun tidak dapat selesai.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Kami faham projek ini dilaksanakan secara berperingkat melalui beberapa fasa. Tetapi, sepanjang Projek ini hanya 26.7km. Pihak Kerajaan perlu menunjukkan iaitu Fasa 1 8km, Fasa 2A (7.7km), Fasa 2B (4KM) dan Fasa 3 (7km). Sampai bila keseluruhan projek ini akan disiap? Sudah terlalu lama rakyat menunggu-nunggu kelengkapan projek ini.

Lebuhraya Pasir Gudang merupakan salah satu jaringan yang paling penting dalam Johor Bahru. Pemandu menghadapi kesasakan lalu lintas setiap hari. Pihak Kerajaan perlulah menunjukkan iltizam politik, “political will” untuk melaksanakan projek ini dan siap dalam masa yang singkat. Bukannya ambil masa 10 tahun pun tidak dapat siap 26.7km ini.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Saya amat setuju bahawa kemajuan sesebuah negeri tergantung kepada kehidupan rakyat yang aman dan sejahtera, ekonomi yang kukuh, keselamatan rakyat terjamin dan sebagainya.

Oleh itu, janji-janji manis yang diumumkan dalam Bajet perlu ditepati, Jangan umumkan sesuatu tetapi jadikan “Multiple Election Promises”. Ulang, ulang setiap kali, ambil masa 10 tahun baru siap laksanakan.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Sebelum saya tamatkan ucapan saya, Johor Jaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi dan penduduk DUN Johor Jaya kerana memberi mandat kepada saya untuk mewakili rakyat. Segala suara dan dasar yang kami bangkitkan dalam dewan yang mulia ini, adalah demi rakyat, untuk rakyat.

Johor Jaya percaya, semua wakil rakyat, anggota dan kakitangan kerajaan serta rakyat Malaysia cinta tanah air ini. Kami berhasrat negara ini maju, masyarakat bermuafakat, dan bersih daripada rasuah.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Kleptokrasi, bermaksud pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai peminpin negara yang jujur. Ini merupakan satu jenis jenayah negara.

“Berani kerana benar”. Sebagai seorang pemimpin negara atau negeri yang berwibawa. sekiranya, terlibat dalam skandal rasuah, nafikan sekiranya tidak. Untuk menunjukkan kewibawaan dan memberi keyakinan kepada rakyat.

Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptoklasi.

Sekian, terima kasih.