Skip to content

Ucapan Perbahasan Usul Junjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-13 oleh ADUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How

PELABURAN HARTANAH ASING

Mengikut Laporan Stok Hartanah 2016, telah menunjukan kemerosotan jumlah transaksi jual beli sebanyak 16 peratus dan menyusut 10 peratus untuk nilai transaksi berbanding tahun 2015, dan merupakan kemerosatan dua tahun berturut-turut, tambahan dengan peningkatan unit hartanah yang belum dijual sebanyak 43.8 peratus, antaranya hartanah bernilai RM 500 000( lima ratus ribu) keatas mencecah 40.9peratus dalam jumlah hartanah yang belum dijual itu.

Mengikut laporan juga, keadaan kemerosatan yang disebutkan tadi disebabkan kelembaban ekonomi.

Hal ini telah menyebabkan orang ramai mula bimbang dan seterusnya tertanya-tanya sama ada pelabur asing hartanah terutamanya dari negara China ini betul-betul membantu memberangsangkan ekonomi seterusnya membawa faedah kepada bangsa Johor.

Kerajaan pernah mengatakan Forest City akan wujud 220 000 (dua ratus dua puluh ribu) peluang perkerjaan dalam tempoh 20 tahun, jadi wujud persoalan: Selepas beberapa tahun pelabur asing dari China ini melabur di Zon Antarabangsa ini, beberapakah peluang perkerjaan yang berkenaan telah wujud, dan antaranya beberapa dijawat oleh Bangsa Johor sendiri ?

Baru sahaja semalam, ada media menyatakan dalam tapak pembinaan di Kampung Pok, Gelang Patah, terdapat puluhan blok asrama untuk pekerja pembinaan asing yang berkerja di projek pembinaan forest city, tambahan ada yang menyatakan 1000 permit untuk perkerja asing dikeluarkan khas untuk salah satu pelabur asing hartanah, jadi mungkin peluang perkejaan itu ada, tetapi ada peluangkah dijawat oleh bangsa johor?

Kedua, Biasanya pelabur asing akan membuat urusniaga dengan peniaga tempatan contoh kalau pelabur hartanah biasanya kontraktor tempatan atau peniaga bahan pembinaan yang sepatutnya mendapat faedah terus, tetapi orang ramai sering keliru dengan cuma baner syarikat pembinaan dari Negara China didirikan dalam tapak pembinaan pelabur hartanah dari China, maka disini saya ingin tahu beberapakah Syarikat tempatan terutamanya menjadi main con yang melibat terus dalam pembinaan projek pembangunan hartanah pelabur asing dalam zon antarabangsa ini?

Ada maklumat yang disebar luas di kalangan bidang pembinaan menyatakan salah satu pelabur hartanah China telah memberhentikan projek pembinaan fasa 2nya, dan telah berhutang banyak kepada syarikat-syarikat tempatan, sehingga berhutang sebanyak 20juta ringgit kepada salah satu syarikat tempatan, dan menyebabkan syarikat tempatan yang didirikan selama 30 tahun ini bankrap. Hal ini telah menyebabkan kebimbangan kalangan orang ramai.

Ketiga, selepas sekatan modal dari Kerajaan Negeri China, menteri besar telah mengatakan Forest City tidak bergantung dan terhad kepada rakyat China, sebaliknya terbuka kepada seluruh dunia. Sini timbul soalan: sudah wujud beberapa pejabat urusan khas untuk memasarkan hartanah dalam zon antarabangsa telah dibuka?

Saya berharap kerajaan dapat menjawab soalan yang kemukakan kat atas untuk meyakinkan bangsa johor yang bimbang dan tertanya-tanya ini.

Lanjutan itu, saya sakit mata sebab asyik melihat iklan salah satu pelabur dari China itu dengan perkataan “tepi Singapura”, saya bangsa johor, dan bukan bangsa “tepi singapura”, kita mestilah bangga dengan identiti sendiri sebagai Bangsa Johor, dan kerajaan tolonglah beritahu kat pelabur asing tersebut gunalah perkataan Johor, kalau kerjaaan mendengar nasihat dari Senai yang menyebutkan hal ini sebelum sukan Olympic, saya rasa kini Johor akan lebih terkenal dikalangan1.4 billion rakyat negara China, sebab pelabur asing ini membuat iklan besar-besaran ketika siaran langsung Olympic negara itu.

Benda yang lebih teruk adalah bila kita melihat review dekat internet terhadap projek pelaburan dalam zon antarabangsa ini ada yang meyakitkan hati saya adalah mengatakan bahawa “Kerajaan Pemerintah di lokasi pelaburan itu racist”, ini disebutkan dalam laman sesawang negara China tersebut, kalau tidak percaya boleh minta pertolongan terjemahkan dari kawan MCA, atau gunakan Google Translate, saya bimbang ini akan menjejaskan pemasaran seterusnya jadi mintalah kerajaan buat sesuatu.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

PASUKAN KECEMASAN

Berkenaan dengan perkhidmatan ambulans dalam kawasan daerah Johor Bahru, saya ingin mengambil perhatian dalam kawasan Pengkalan rinting, hal ini kerana setiap kali meminta perkidmatan ambulans, terutamanya berlakunya kemalangan jalanraya, ambulans tiba ke tempat kejadian lebih kurang satu jam atau lebih selepas permintaan.

Ambil contoh pada 2.10pagi, 3hb Mei yang lepas, satu permintaan perkidmatan ambulans dibuat selepas satu kemalangan jalanraya berlaku di Jalan Sutera Dangga, ambulans tiba selepas lebih kurang 50min selepas permintaaan dibuat.

Jarak tempat kejadian ke Hospital Sultanah Aminah adalah 15 kilometer, kalau ikut kelajuan memandu biasa dan kena melalui beberapa lampu isyarat adalah 20 minit.

Difahamkan pada ketika kemalangan itu, tiada lalulintas sibuk, dan ambulans diberi keutamaan tanpa halangan, namun ambulans mengambil masa lebih dari 30minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Jadi persoalanya,

  1. Adakah bilangan ambulan terkini ini dapat menampung keperluan Daerah Johor bahru?
  2. Mengapa ambulans perlu mengambil masa yang lebih daripada pemandu biasa untuk sampai ke tempat kejadian? Adakah sistem kecemasan yang sedia ada sekarang ada kekurangan?
  3. Dan bilakah pasukan rawatan kecemasan akan mencapai tiba ke tempat kejadian kurang dari 15 minit yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan atau mungkin juga dalam masa 10 minit selaras dengan piawaian antarabangsa. Semakin cepat ambulans sampai ke tempat kemalangan, semakin nyawa mangsa dapat diselamatkan.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

SAUJANA

Saya ambil perhatian terhadap pangsapuri saujana Johor bahru yang juga dijaga oleh SUK negeri, dimana keadaaan sekitar dalam pangsapuri semakin merosot, terutamanya lif-lif pangsapuri.

Pangsapuri yang bertingkat 12, jadi pada 30hb Mach yang lepas ada lif biasanya cuma rosak sekali setiap bulan, tetapi kali ini langsung tak berfungsi dua minggu, telah menyusahkan penghuni dekat situ, lebih kesian kepada OKU dan warga emas yang tinggal dekat kawasan itu.

Pernah berlaku, lif besar telah rosak, jenazah terpaksa ditegakan ketika dibawa turun dari rumah, dalam perjalanan untuk dikebumikan.

Ada penghuni yang pertikaikan mengapa pihak pengurusan dapat mencari dana untuk membina kolam renang baru, tetapi tidak dapat mencari dana untuk membaiki lif.

Jadi sebagai sebahagian dari pengurusan, apakah tindakan pihak SUK yang akan ambil menangani isu dalam Pangsapuri Saujana ini.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

TEMPAT KERETA DALAM KAWASAN JOHOR BAHRU

Kekurangan tempat kereta masih lagi isu dalam bandar raya johor bahru, terutamanya berdekatan dengan bangunan majlis johor bahru, sehingga sekarang ada yang memerlukan satu jam untuk mencari tempat parking.

Memang ini berkaitan dengan perancangan pembangunan dan perkhidmatan sistem pengangkutan awam, cuma kini saya berpendapat untuk sementara waktu, pembukaan tempat parking waterfront adalah satu langkah baik, cuma saya hairan mengapa sambutannya kurang baik?

Mungkin perlu infrastuktur yang lebih contohnya laluan berbumbung, atau bas penghantar dan post keselamatan untuk meyakinkan pemandu menggunakan tempat parking Waterfront.

Ulat parking yang kononnya memberi perkhidamtan menjaga parking kereta wujud siang malam membawa kacau bilau kepada orang ramai, seterusnya imej negetif untuk bandaraya Johor Bahru, hal ini berlaku di Jalan Dohbi, Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook dan sekitarnya.

Jadi orang ramai pun keliru, sama ada kena bayar kupon parking atau bayar kat ulat parking ni, jadi minta pihak berkenaan ambil tindakan.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

BANJIR KILAT

Banjir kilat masih lagi isu dalam Pengkalan Rinting.

Antara tempat yang disebabkan oleh saliran air sumbat, hujan lebat, air bertakung dan seterusnya banjir kilat:

  1. Jalan Sutera Dangga berdekatan dengan balai polis nusa bestari;
  2. Di lorong belakang Jalan NB 2 7/7, dan ini merupakan kawasan tinggi, banjir kat kawasan pucuk bukit;
  3. Tepi Sepanjang Jalan Indah Utama, Jalan Indah 5/, Jalan Indah Bukit Indah;
  4. Jalan Skudai berdekatan dengan projek pembinaan Country Garden.

Saya juga ingin mengambil perhatian dengan sekitar rumah pam Sungai Chat di jalan Suangai Chat, pada 25 march lalu, apabila sahaja air pasang, hujan lebat, air melimpah keluar dan banjir kilat sekitarnya termasuk di jalan lingkaran dalam tepi Hopital Sultanah Aminah.

Projek penambatan banjir Sungai Seget dikatakan siap, tapi pada waktu subur 28 hb April yang lalu banjir kilat masih lagi berlaku di sekitar Jalan Wong Ah fook dan jalan Meldrum ini, sampai peniaga-peniaga disitu masih perlu gunakan tunggakkan beg pasir untuk menghalang air masuk ke tempat letak kereta bawah tanah, dan menyediakan pam air megeluarkan air dari tempat letak kereta.

Saya masih minta pihak berkenaan untuk mengambil tindakan, kalau berterusan saya takut kelak nanti Johor Bahru menjadi Bandaraya bertaraf antarabangsa yang sering banjir kilat.