Skip to content

Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 2.07 pagi di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

Walaupun kami mempunyai latar belakang dan pendapat berkaitan politik yang berbeza, tetapi saya percaya hasrat dan perjuangan kami adalah sama iaitu untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah. Mengenali Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani ramai.

Sekali lagi, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin. Semoga keluarga Allahyarham beliau tabah untuk menerima ujian ini.