YB Dato’ Mohamad Arif Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengetuai delegasi seramai 20 orang, iaitu 13 Ahli Dewan Rakyat dan 2 Ahli Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat dan staf sokongan dari Parlimen Malaysia.
YB Ledang Syed Ibrahim bin Syed Noh dan saya akan terlibat dalam cadangan, pindaan serta kelulusan resolusi-resolusi dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Politik berhubung dengan isi-isu ektremisme, jenayah transnasional, keselamatan sempadan negara, dana pembiayaan activiti keganasan (terrorism financing) dan isu-isu lain yang mempengaruhi lanskap politik di rantau ASEAN.
Pada masa yang sama, semua Ahli Parlimen wanita, YB Sekijang Pn Natrah Ismail, YB Kuala Kangsar Pn Mastura Yazid, YB Masjid Tanah Pn. Mas Ermieyati, YB Mukah Dato’ Hanifah binti Taib, dan saya turut terlibat dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita.
Ini merupakan satu persidangan yang bersejarah kerana perwakilan ini terdiri daripada wakil rakyat kerajaan dari Pakatan Harapan dan pembangkang dari BN, PAS, GPS dan Bebas dalam Persidangan Antarabangsa AIPA di Singapura nanti.
Kami akan membangkitkan isu-isu politik, ekonomi, wanita, sosial, perubahan iklim serta isi-isu lain yang akan memberikan kesan bukan sahaja kepada negara Malaysia tetapi memberi impak secara keseluruhan terhadap negara lain di rantau ASEAN ini, berlaraskan pendirian diplomatik negara Malaysia dengan negara-negara lain, termasuklah isu pelarian Rohingya.