50 Belia Melayu Sertai Keluarga DAP di KKB

img 6918

Semalam, seramai 50 orang belia Melayu telah menghantar borang menyertai parti dan seterusnya menubuhkan cawangan DAP Melayu ketiga di Parlimen Hulu Selangor iaitu Cawangan DAP Jalan Kemboja.

Turut hadir sama, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Pengerusi DAP Selangor Sdr Gobind Singh, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Sdri Teresa Kok, Ahli Parlimen Bentong Sdri Young Syefura Othman dan Pengerusi Cawangan DAP Jalan Kemboja, Sdr Muhammad Dzulfiqri Md Daud.

DAP sememangnya sangat berbesar hati menerima penyertaan daripada semua pihak khasnya golongan belia yang bakal mencorak masa depan negara.

Muhammad Dzulfiqri, 21 menceritakan dia memilih DAP kerana parti DAP mengutamakan golongan muda berbanding parti lain.

“Kita cuba nak menyertai parti lain tetapi diabaikan. Tetapi dalam parti DAP, mereka terus sambut kami dengan terbuka.

“Parti DAP juga memberikan peluang kepada golongan muda ruang untuk menyertai program membantu rakyat,” jelasnya.

Recommended Posts