[PRK KUALA KUBU BAHARU] MASA UNTUK ANAK MUDA DAN WANITA

dsc00514 scaled

Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan telah mengumumkan calon buat Pilihan Raya Kecil semalam. Calon yang telah dipilih ialah Saudari Pang Sock Tao. Seorang gadis muda yang juga merupakan anak jati Selangor.

Dalam ucapan Setiausaha Agung DAP, Saudara Anthony Loke mengatakan yang parti DAP mengambil saringan untuk pencalonan dengan begitu serius dan ketat. Beliau juga berkata, calon yang dipilih harus mampu mewakili semua lapisan masyarakat. Terutamanya rakyat Kuala Kubu Baharu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.

Antara syarat utama parti DAP dalam memilih calon ialah calon mesti seorang wanita. Saudara Loke berkata yang dalam dunia politik, kita memang kekurangan perwakilan wanita, jadi kita tidak akan mengurangkan lagi bilangan itu dengan PRK ini. Justeru menunjukkan betapa seriusnya parti DAP memandang isu persamaan dan keadilan dalam representasi wanita.

Ulasnya lagi, Saudari Pang bukan sahaja seorang wanita, tetapi beliau juga seorang anak muda yang mampu memimpin generasi yang akan datang. Beliau berkata, lapisan generasi seterusnya harus bermula di usia awal. Saudara Loke juga sempat berseloroh yang ramai pimpinan Perpaduan mula berkhidmat pada usia yang muda, seperti Pengerusi Kebangsaan DAP, Saudara Lim Guan Eng yang telah menjadi Ahli Parlimen pada umur 26 tahun dan juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga mula berkhidmat pada usia yang muda.

Begitulah antara isi amanat ketika mengumumkan calon Perpaduan, Saudari Pang Sock Tao. Parti akan sentiasa menyokong dan ada di belakang beliau sepanjang waktu kempen ini. Semoga semua pihak dapat berkempen dengan sihat dan adil.

 ana0785

Berikut ialah biodata ringkas calon –

a5 xt biodata bm 01 a5 xt biodata bm 02

 

 

Recommended Posts