Kedutaan Malaysia, pejabat konsular, serta agensi penguatkuasaan, sepatutnya menjadi khidmat sokongan pertama untuk rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada keadilan dan nasihat untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan atau keldai dadah dalam sindiket pengedaran dadah
Sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, terdapat peningkatan iklan dan tawaran kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara untuk mendapatkan “wang segera”. Tawaran seperti ini seringkali melibatkan pekerjaan sebagai kurier untuk membawa “bungkusan” atau “dokumen” yang dipenuhi dadah. Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi, telah memberi penekanan kepada rakyat Malaysia […]