Deklarasi Malaysia Baharu

Mukadimah Persidangan Kebangsaan DAP yang berlangsung pada 5hb Mei 2019 ini adalah perhimpunan pertama Delegasi Kebangsaan, badan pembuat-keputusan tertinggi parti sejak kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Pada hari ini, DAP menerima Deklarasi Malaysia Baharu sebagai panduan hala tuju masa hadapan dan sebagai panduan menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Deklarasi-deklarasi Parti […]

Usaha Parlimen Digital perlu diraikan, bukan dikekang pihak berkuasa

Oleh Lim Yi Wei (Ketua DAPSY Damansara dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku) Sebagai seorang wakil rakyat wanita muda, saya sentiasa menyokong usaha memperkasa anak muda, termasuk Parlimen Digital. Hari pertama sidang Parlimen Digital telah membuktikan bahawa persidangan parlimen dalam talian tidak mustahil sama sekali. Komposisi Parlimen Digital dilihat inklusif dan merentasi semua lapisan […]

Pilihan raya tempatan: Kembalikan hak kami!

“Taxation without Representation is tyranny – James Otis” Pilihan raya tempatan adalah suatu proses pilihan raya bagi memilih pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perbandaran di kawasan yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa tempatan atau dikenali sebagai PBT adalah kerajaan peringkat ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. PBT dikategorikan kepada tiga status iaitu […]

Quratul Ain: Dari aktivisme ke lapangan politik

9 Mei 2018, tarikh keramat yang menyaksikan perubahan lanskap politik Malaysia – UMNO-Barisan Nasional (BN) tumbang setelah lebih 60 tahun memerintah. Pakatan Harapan berjaya menakluk Putrajaya bagi membawa negara ke landasan yang betul selepas dimalukan komuniti global dengan pelbagai gelaran, khususnya kleptokrasi global susulan skandal 1MDB. Gabungan yang ditubuhkan pada 22 September 2015 itu memberi […]

Menjawab tuduhan Pesuruhjaya PAS Perak berkenaan isu penerimaan gelaran, pangkat

Beberapa hari lepas telah tersebar secara meluas kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mempertikaikan keputusan DAP untuk tidak menerima gelaran dan pangkat yang dianugerahkan oleh pihak Istana sebagai tanda kebiadaban DAP terhadap Raja-raja Melayu. Kesal dengan kenyataan tersebut, saya merujuk kepada kenyataan dan teguran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menegaskan pendirian DAP […]

Hentikan kitaran buli!

Saya menyambut baik seruan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching supaya orang ramai berhenti menyebarkan gambar ahli keluarga dan anak Edi Rejang (lelaki yang berkelakuan kasar terhadap seorang promoter bir di pasaraya baru-baru ini) di internet. Saya lega apabila akhirnya Teo Nie Ching melahirkan kebimbangan tentang isu ini dan cuba menamatkan kitaran pembulian ini. Rasisme […]

‘Belajarlah jadi pembangkang, henti tagih simpati demi kuasa’

Umno perlu berhenti mendekati parti dalam Pakatan Harapan dengan agenda untuk menaikki semula tangga kuasa selepas menjadi pembangkang susulan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Menurut pemimpin muda Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer, parti itu juga terdesak sehingga perlu mempergunakan slogan “menyelamatkan Melayu” untuk terus kekal relevan. “Setelah lima bulan […]

Dr Zuhdi, PAS perlu muhasabah sebelum lempar tuduhan

Pengarah Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki harus sedar tentang kegagalan percaturan politik PAS daripada melemparkan kritikan semberono terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) kononnya ‘kelam kabut’ dan ‘tergopoh-gapah’. Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY, Muhammad Shakir Ameer Mohideen berkata, beberapa tindakan tegas dan pantas itu dilakukan adalah untuk mengenalpasti kelemahan pentadbiran dahulu dan memastikan ia dipulihkan […]

“PRU14 adalah era kebangkitan orang muda” – Phoong Jin Zhe

Di saat ramai teman-temannya berhijrah untuk mencari kehidupan baru dan rezeki di kota-kota besar di Semenanjung Malaysia, malah ke luar negara, dia memujuk diri untuk percaya dan menaruh harapannya kepada tanah air. Lahir dan membesar dari sebuah keluarga miskin di Lido, Phoong Jin Zhe, 29, anak tempatan yang dilahirkan di Kota Kinabalu ini memiliki bakat […]

54 tahun berlalu, kita masih terpisah atas nama bangsa

Lima puluh empat tahun yang lalu, Parlimen Malaysia meluluskan satu rang undang-undang iaitu RUU Malaysia dengan undian 73 menyokong, 15 membantah, hanya kelebihan 3 undi daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Malaya. Di Singapura, pemerintah iaitu PAP juga hampir kehilangan sokongan legislatif yang diperlukan untuk menerima Perjanjian Malaysia. Ia diluluskan akhirnya dengan […]

Tingkatkan kewangan rakyat: Rakyat senang negara makmur

Pengerusi Biro Professional Muda UMNO, Shahril Hamdan di dalam satu debat berkenaan dasar ekonomi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) seperti yang dilaporkan media mengatakan bahawa dasar ekonomi Kerajaan Barisan Nasional merupakan yang terbaik dan paling praktikal. Beliau memberi contoh pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai satu keputusan yang baik kerana menyumbang kepada […]

Had penggal jawatan PM tanda iltizam politik HARAPAN

Saya menyambut baik tiga keputusan penting yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang melibatkan struktur kepimpinan, matlamat utama dan logo Pakatan Harapan. Tahniah kepada kepimpinan tertinggi HARAPAN. Selain dari rekabentuk logo HARAPAN yang segar, saya melihat ada satu perkara yang benar-benar menonjol dan menarik perhatian. Iaitu antara matlamat HARAPAN untuk menghadkan penggal perkhidmatan […]