Skip to content

1.4 juta pendaftaran vaksin tidak sah, MySejahtera harus segera diperbaiki

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa lebih daripada 1.4 juta permohonan vaksinasi tidak dapat diproses kerana tidak mengisi penilaian kesihatan dan alamat. Saya mencadangkan:

  1. My Sejahtera pada masa ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pihak berwajib harus melancarkan versi pendaftaran vaksin dalam talian dalam bahasa Cina dan Tamil untuk mempercepat proses pendaftaran vaksin.
  2. Reka bentuk antara muka pendaftaran vaksin adalah mengelirukan. Oleh kerana peta Google menunjukkan lokasi telefon bimbit di bahagian bawah bar alamat secara automatik, ramai orang salah anggap bahawa sistem telah merekod alamat mereka dan mengabaikan pengisian alamat rumah. Oleh kerana paparan peta tidak dapat secara automatik menampilkan alamat dalam teks di bahagian alamat, itu benar-benar tidak perlu dan harus dihapus untuk mengelakkan kekeliruan.
  3. Reka bentuk antara muka pendaftaran vaksin terdapat kecacatan. Memandangkan menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan alamat adalah syarat yang perlu, maka permohonan yang tidak mengisi kedua-dua ruangan ini harus ditetapkan sebagai tidak dapat dihantar (fail to submit/submission failure), agar tidak mengelirukan pendaftar.
  4. YB Khairy mengatakan bahawa pihaknya akan menghantar peringatan kepada kumpulan tersebut menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Begitu juga, untuk mencapai kecekapan komunikasi, mesej teks harus ditambahkan dalam bahasa Cina dan Tamil.