Skip to content

Cadangan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di sekolah

Berkenaan lebih lapan buah sekolah rendah di seluruh negara telah mempunyai kes jangkitan Covid-19 dan lebih dari 90% pelajar SJK(C) Ming Terk di Gelang Patah tidak dapat hadir ke sekolah setelah dua orang guru telah disahkan positif. Justeru, berikut adalah cadangan saya untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di sekolah:

  1. Kementerian Pendidikan harus menetapkan dasar yang jelas bahawa, penutupan sekolah secara automatik selama dua minggu dan beralih kepada kelas atas talian setelah mendapati kes positif dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
  2. Kementerian Pendidikan harus menetapkan dasar yang jelas bahawa, apabila terdapat guru dan kakitangan sekolah yang disahkan positif, semua guru dan kakitangan sekolah berkenaan perlu menjalani ujian saringan Covid-19.
  3. Hanya dalam masa dua minggu, banyak sekolah telah mempunyai kes jangkitan. Kementerian Pendidikan harus mengumumkan berapa banyak sekolah di seluruh negara yang telah mempunyai kes positif, serta rantaian dan sebab penularannya.
  4. Sekolah yang mempunyai peralatan yang mencukupi harus mengadakan penyiaran kelas secara langsung pada masa yang sama, bagi membolehkan pelajar memilih untuk belajar di sekolah atau di rumah.