Skip to content

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI (BKKA) SEBANYAK SETENGAH BULAN GAJI ATAU MINIMUM RM1,000 KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026M

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026, dan pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya pada 16 Mac 2026.

Sebagai tambahan, BKKA 2026 berjumlah RM300 juga bakal diberikan kepada penyelia, guru serta kakitangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR), sekolah menengah agama rakyat (SMAR), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

BKKA 2026 yang dianggarkan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM8.49 juta kepada Kerajaan Negeri tersebut adalah melibatkan 7,317 penerima sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan gagasan Visi Penang2030 ke arah sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara.

Sekian, terima kasih.