Skip to content

Malaysia kini berada di landasan yang kukuh di bawah kerangka MADANI

Malaysia kini berada di landasan yang kukuh di bawah kerangka MADANI dengan pelbagai pencapaian ekonomi serta pelbagai langkah reformasi dibawah pimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming dalam Majlis Jamuan Makan Malam DAP Ipoh Timor sempena Tahun Baru Cina.

“Hasil daripada kestabilan politik dan reformasi struktur ekonomi negara, Malaysia telah berjaya mencatat pelaburan asing yg tinggi dan turut mencatatkan jumlah nilai perdagangan tertinggi dlm sejarah sebanyak RM3.05 trillion.”

“Prestasi ringgit kini menjadi mata wang terbaik di Asia. Nilai ringgit telah meningkat dari 4.80 kepada 3.88 berbanding dolar Amerika Syarikat dan berbanding Yen Jepun telah meningkat dari 27 menjadi 39.5 Yen, manakala jika dibanding dengan rupiah Indonesia, telah meningkat dari 3,000 menjadi 4,300.” kata Kor Ming.

Timbalan pengerusi DAP ini juga menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tetap komited untuk melaksanakan reformasi institusi termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun serta memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam sistem pentadbiran keadilan.

Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI telah berjaya meluluskan pindaan perlembagaan bagi memperuntukkan hak sama rata dengan kanak-kanak yang dilahirkan di luar Persekutuan oleh ibu warganegara Malaysia bagi memperoleh kewarganegaraan.

Pada waktu yang sama kedudukan daya saing negara mengikut indeks daya saing dunia juga melonjak dari tangga 34 menjadi ke 23, sekaligus diiktiraf sebagai negara yang mencapai kemajuan tertinggi di seluruh dunia.

“Pencapaian-pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia kini berada di landasan yang kukuh,” kata beliau.

Kor Ming turut menyeru seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan momentum ini.

Majlis jamuan makan malam tersebut telah berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan budaya.