Saya sudah berusia 82 tahun. Beberapa hari yang lepas, saya terjatuh di rumah saya dan saya berjalan sedikit tempang.
Saya bukan seorang calon dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, tetapi saya sesibuk mana-mana calon, bergerak melawat tiga negeri Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan kerana rakyat Malaysia tidak boleh mensia-siakan peluang untuk menghentikan kemerosotan yang dialami negara dalam beberapa dekad yang lebih untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia bermula 12 Ogos ini.
Saya telah melawat sembilan kerusi di Pulau Pinang, 12 kerusi DAP dan satu kerusi UMNO di Selangor, dan tiga kerusi DAP di Negeri Sembilan.
Di hujung bulan ini, kita akan menyambut sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dan pada 16 September, kita akan menyambut ulang tahun Hari Malaysia yang ke-60.
Marilah kita jadikan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60 ini sambutan yang paling bermakna dalam sejarah negara di mana negara kita berjaya menghentikan kemerosotan negara dalam beberapa dekad yang lepas dan bangkit semula untuk menjadi sebuah negara hebat dunia.
Ramai penceramah telah menjelaskan kepentingan pilihan raya negeri untuk kawasan Bagan Dalam dan untuk Pulau Pinang yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini.
Saya akan bercakap mengenai kepentingan enam pilihan raya negeri ini untuk Malaysia.
Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu tidak mahu Malaysia untuk bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia. Mereka tidak mempunyai apa-apa rancangan dan mereka tidak kisah sekiranya Malaysia menjadi sebuah negara yang berpecah belah, korup, dan gagal dalam dekad-dekad yang akan datang.
Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), negara kita melalui tiga Perdana Menteri UMNO selama 22 tahun dari 1995 hingga 2021 untuk jatuh dari tempat ke-23 dari 41 negara sejak carta ini diterbitkan pada tahun 1995 ke tempat ke-62 dari 180 negara pada tahun 2017, tetapi, Muhyiddin hanya memerlukan 10 bulan dari 1 Mac ke 31 Disember 2020 untuk menyebabkan negara kita jatuh 11 anak tangga dari tempat ke-51 pada tahun 2019 ke tempat ke-62 dalam TI CPI 2020 selepas dia menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton.
Perkara ini adalah rekod terburuk Muhyiddin sebagai Perdana Menteri “pintu belakang”.
Dia ada dua “titik hitam” sebagai Perdana Menteri “pintu belakang” – penggantungan sidang Parlimen yang tidak sah selama enam bulan untuk membolehkan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa tanpa semak imbang Parlimen dan kejatuhan teruk Malaysia dalam carta TI CPI 2020 dalam masa 10 bulan pemerintahannya.
Dengan dua “titik hitam” ini, agak mengejutkan apabila Muhyiddin ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Tetapi dia juga ada “titik hitam” ketiga.
Seperti Hadi Awang, Muhyiddin tidak peduli mengenai kemerosotan yang dialami Malaysia dalam beberapa dekad yang lepas dan tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk membolehkan Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia.
Lebih buruk lagi, PN tidak kisah sekiranya Pulau Pinang dan juga Selangor dan Negeri Sembilan mundur untuk menjadi miskin dan tidak maju seperti Kelantan, sedangkan gabungan PH/BN mahu Kelantan yang maju dan makmur seperti Pulau Pinang.
Anwar Ibrahim adalah satu-satunya Perdana Menteri dalam abad ke-21 yang mempunyai rancangan untuk Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia. Dengan rancangan Ekonomi Madani, Anwar telah menjanjikan matlamat-matlamat seperti berikut:
- Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
- Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.
Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu mahu Malaysia untuk mundur 500 tahun ke belakang dan menafikan hak-hak kaum dan agama lain di Malaysia.
Mereka patut belajar dari tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti tiga Perdana Menteri terawal negara, yang juga merupakan Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn yang menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang dibentuk oleh masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Rukun Negara dan Wawasan 2020 dirangka untuk Malaysia yang majmuk.
Malaysia hanya mampu berjaya sebagai sebuah negara hebat dunia sekiranya dua prasyarat – kestabilan politik dan perpaduan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan.
Pemimpin PN berhujah mengatakan yang Perlembagaan Malaysia tidak memaksudkan sebuah Malaysia yang majmuk.
Sedangkan PN yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, yang dirangka oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku, Run Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Ismail untuk membina sebuah Malaysia yang majmuk.
Para pengundi dalam enam pilihan raya negeri ini patut menjadikan 12 Ogos sebagai titik permulaan untuk satu era baharu di Malaysia – permulaan untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia. Setiap undi adalah bermakna dan tidak patut ada undian yang dipecahkan atau dibazirkan kerana perkara ini akan menentukan sama ada calon DAP akan menang atau tidak.