Tidak kiranya golongan apa-apa pun, sebenarnya semua pun terkesan dengan impak perang Asia Barat.
Kuota Budi 95 untuk rakyat Malaysia tidak harus dikurangkan dalam keadaan kini, tidak kiranya terhadap golongan B40, biarpun M40 ataupun T20.
T20 mungkin nampak kaya, namun sebenarnya hanya merupakan golongan berpendapatan tinggi yang majoritinya mempunyai tanggungan yang banyak dan komitmennya turut tidak kurang, termasuklah kena membayar gaji pekerja dan sebagainya.
Parti politik yang bertanggungjawab adalah wajib berdiskusi dan membuat keputusan selepas mengambil pertimbangan segala aspek.
Belajarlah daripada Setiausaha Agung parti sendiri dalam memberikan pandangan sedemikian, seperti langkah mentafsir definisi golongan T20, bukannya bertindak seolah-oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional.
Main tembak dan memusuhi sesetengah golongan sahaja adalah sangat tidak profesional.
Dengan retorik yang ingin mengembalikan GST yang akan membebankan golongan B40, berpura-pura sebagai pejuang B40 pun tak ke mana sebenarnya.
Tapi apa yang boleh diharap daripada EXCO bertaraf golok kayu sedemikian, bila tak jadi serang T20, pula serang entiti lain, seumpama lalat buta.
Daripada sembang kencang, lebih baik menunaikan janji untuk meletakkan jawatan EXCO.
Kan nak letak jawatan dan fokuskan lawan DAP? Dah masuk bulan Mei kini.
Apabila sudah cakap tak serupa bikin, maka usahlah berpanjang lebar dan menuding jari terhadap perihal lain.