Memusuhi golongan tertentu yang juga merupakan rakyat Malaysia tidak menyelesaikan masalah.
Setiap golongan, khususnya yang lagi berkemampuan adalah tidak menolak untuk membayar cukai demi pembangunan negara selama ini.
Subsidi memang harus dikurangkan dari semasa ke semasa, tapi bukannya dengan kaedah memusuhi sesetengah golongan.
Kini semua golongan sedang dihimpit, terutamanya yang kena membayar gaji dan menanggung kos operasi yang tinggi.
Kalau tidak mampu bersimpati, jangan sesekali menangguk di air keruh.
Sekiranya tiada insiden bekas Perdana Menteri yang terjebak dalam skandal rasuah yang melibatkan dana awam berjuta-juta Ringgit Malaysia (mungkin lebih banyak), kerajaan kita tidak perlu menanggung hutang berbilion-bilion ringgit pun.
Tak pernah rasa insaf, malah bermuka tebal dengan pelbagai permintaan.
Memang muka tak malu apabila ada pihak yang menyamar sebagai pakar ekonomi dengan mengetengahkan agenda “Kembalikan GST”.
Jangan lupa apa sebab parti kamu ditolak habis-habisan oleh seluruh lapisan masyarakat pada tahun 2018.
Letakkanlah dalam manifesto parti kamu menjelang PRU yang akan datang. Nyatakan secara terang dan jelas agar rakyat mudah membuat pilihan.