Kerajaan Negeri mengambil maklum laporan berita di media massa berhubung keputusan Lembaga Rayuan yang dibuat dengan kuasa-kuasanya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membatalkan kelulusan untuk Laporan Kajian Impak Alam Sekitar bagi projek Penang South Reclamation (PSR) yang telah diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar atas alasan teknikal tidak memenuhi kehendak seksyen 34A(4)(a) Akta.
Sementara mendapat sesalinan rasmi perintah Lembaga Rayuan secara bertulis, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan tindakan undang-undang melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review) ke atas keputusan Lembaga Rayuan tersebut.
Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan tindakan-tindakan lain antaranya kemungkinan mengemukakan satu laporan Kajian Impak Alam Sekitar yang dikemaskini semula berdasarkan kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri yang dirujuk dalam keputusan Lembaga Rayuan berkenaan.