Skip to content

Khaled harus tampil jawab sendiri kenapa 38 orang daftar di pejabatnya sendiri

Setakat ini, Khaled Nordin telah bersembunyi di belakang staf-staf junior dan enggan menjawab soalan dan tuduhan serius yang telah dibangkitkan.

Semalam, setiausahanya bernama Nor Azleen Ambros menjawab bagi pihak Khaled Nordin, walaupun Khaled ada di dalam negara. Saya tahu beliau mengiringi Tuanku Mahkota Johor (TMJ) menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur. Dato Seri Khaled boleh sahaja membuat sidang media di Kuala Lumpur atau pun di Johor Bahru untuk memberi penjelasan dan meyakinkan orang awam bahawa dia seorang pemimpin yang jujur dan berintegriti. Dia tidak terlibat dalam muslihat pindah dan daftar pengundi ramai-ramai di kawasan Permas. Sebaliknya, dia terus membisu. Ada pula menimbulkan isu lain bahawa Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga berbuat benda yang sama dan menunduh saya double-standard.

Ini perbuatan pengecut yang cuba mengelak dan tipu helah. Di alamat yang Teresa Kok mendaftarkan diri sebagai pengundi, tiada 38 orang pengundi lain yang turut berdaftar bersama di situ. Malah, Teresa Kok seorang sahaja yang berdaftar di alamat tersebut. Ini fakta. Di Pejabat UMNO Pasir Gudang pula, selain Dato Seri Khaled Nordin dan anak beliau dua orang, ada lagi 12 orang daftar di rumah kedai nombor 1, Jalan Tembusu 1. Ada 26 orang lagi yang daftar di No. 3, No. 5 dan No 7 Jalan Tembusu 1. Dan 38 orang ini, semuanya daftar sekali pada Suku Ke-4 tahun 2016.

Tidak perlu dan tidak relevan Khaled Nordin cuba mengheret orang Selangor ke dalam isu Johor ini. Sebagai pemimpin Bangsa Johor, Khaled harus jawab kepada rakyat Johor, menggunakan piaiwaian tinggi standard Johor.

Saya berasa menyesal terhadap sikap Dato Seri Khaled Nordin dan UMNO yang cuba mengelak-elakkan persoalan 38 pemilih dipindahkan atau didaftarkan di Pejabat UMNO Bahagian Kluang yang merupakan suatu perbuatan manipulasi Daftar Pemilih demi mempertahankan kepentingan Parti itu.

Sekiranya Khaled menafikan perbuatan memindahkan pemilih ini berkaitan dengan UMNO ini menunjukkan bahawa terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba sabotaj UMNO. Jika benar begitu, adakah pihak UMNO membuat laporan polis atau membuat bantahan kepada pihak SPR berkenaan isu alamat pejabat UMNO telah disabotaj? Jika tidak, mengapakah pihak Khaled enggan berbuat demikian? Saya mencabarkan pihak UMNO membuat laporan dengan segera bagi membuktikan kejujuran dan integriti mereka.

Bagaimana pun, Khaled dan juga UMNO masih mendiamkan diri tentang 8 pemilih iaitu MUHAMMAD AZFAR BIN MOHD FARID, MOHD FARID BIN NORDIN, HALINA BINTI NORDIN, MUHAMAD HANIFF BIN NORDIN, ABDUL JALIL BIN NORDIN, MUHAMAD YUSUF BIN NORDIN, MOHAMED SAIFUDDIN BIN NORDIN dan NORHAYATI BINTI NORDIN yang didaftarkan di pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang yang menyerupai adik-beradik atau saudara-mara beliau. Apakah hubungan Khaled dengan pemilih-pemilih yang tersebut di atas? Adakah mereka ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Khaled? Sehingga hari ini, Khaled masih mendiamkan diri tentang perkara ini. Adakah beliau tidak berkenalan dengan mereka atau beliau tidak berani bercakap benar?

Sebagai ketua kerajaan Khaled sewajarnya menunjukkan teladan kepada yang lain. Perbuatan beliau mengambil risiko menyalahi undang-undang demi mempertahankan kepentingan politik peribadi sangat mengecewakan. Beliau harus meminta maaf kepada seluruh warga Johor atas salah laku beliau.