Skip to content

Krisis Musang King: Kerajaan Pahang patut bekerjasama dengan pekebun-pekebun tempatan, bukannya korporat besar

Kami meminta kerajaan Pahang supaya tidak mengambil tindakan terhadap tanah tanpa izin pekebun-pekebun durian pada 24 Ogos 2020.

Menurut kenyataan media Unit Penguatkuasaan Kerajaan Pahang, kerajaan negeri akan mengambil alih semua kebun durian dan kawasan di mana tanaman-tanaman yang ditanam secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos ini.

Menerusi keputusan kerajaan negeri, hanya syarikat usahasama kerajaan negeri sahaja yang diberi kebenaran memasuki dan menduduki tanah kerajaan dan hutan simpan di sekitar kampung berkenaan.

Kami mengemukakan beberapa persoalan terhadap Kerajaan Negeri Pahang.

Sekiranya Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menyewa tanah dusun durian, kenapa tidak memberi keutamaan kepada para pekebun tempatan yang telah mengusahakan dusun selama berpuluh-puluh tahun?

Selama ini, ramai pekebun sanggup bekerjasama dengan kerajaan negeri, mereka banyak kali memohon tanah daripada Kerajaan Negeri tetapi tidak dilulus. Jika diberi peluang sewa pun, mereka sudi bayar sewa tanah atau Levi kepada kerajaan Negeri.

Pekebun tempatan tentunya lebih berpengalaman dalam aktiviti pertanian durian, mereka juga telah awal mewujudkan pengendali mutu (quality control), rantaian pengeluaran, logistik serta eksport yang sempurna, berjalan lancar dan tersusun.

Malangnya, kerajaan Negeri tidak mengambil kira masa dan tenaga yang dicurahkan oleh pekebun tempatan, sebaliknya memilih untuk sewa tanah kepada korporat swasta yang baru ditubuhkan dan tidak pernah pun mengusahakan tanah tersebut.

Kami mengingatkan kerajaan Negeri, pekebun-pekebun durian menyumbang besar kepada ekonomi tempatan dan Negeri sehingga Daerah Raub diiktiraf sebagai Bandar Musang King.

Sekali lagi kami menyeru Menteri Besar dan kerajaan Pahang menarik balik arahan untuk ambil tindakan terhadap ladang-ladang durian tanpa izin mulai 24 Ogos, juga mempertimbangkan untuk bekerjasama, berdialog dengan pekebun-pekebun tempatan, bukannya korporat swasta besar yang mungkin akan melancarkan kontrak yang membebankan pekebun-pekebun.

Kenyataan di-endorse oleh:

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan Pahang:
Tengku Zulpuri Shah (DAP-Raub)
Wong Tack ( DAP-Bentong)
Fuziah Salleh (PKR-Kuantan)

ADUN Pakatan Harapan Pahang:
Chow Yu Hui (DAP-Tras)
Young Syefura Othman (DAP-Ketari)
Lee Chin Chen (DAP-Bilut)
Kamache Doray Rajoo (DAP-Sabai)
Leong Yu Man (DAP-Triang)
Chiong Yoke Kong (DAP-Tanah Rata)
Woo Chee Wan (DAP-Mentakab)
Lee Chean Chung (PKR-Semambu)
Sim Chon Siang (PKR-Teruntum)

Latar Belakang:
Kerajaan Negeri Pahang, melalui Badan Berkanun Negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), dan Royal Pahang Durian Group telah bersama-sama menubuhkan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Satu kenyataan media bertarikh 10 Julai 2020 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah pada 24 Jun 2020 memberi pajakan dan hak penggunaan tanah bagi 5,357 ekar tanah dalam Daerah Raub kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Kawasan di Raub yang terlibat merangkumi kawasan Sang Lee, Sungai Chetang, Sungai Ruan and Sungai Klau, manakala tempoh pajakan adalah sebanyak 30 tahun tambah 30 tahun.

Rujukan Berita:
https://www.facebook.com/pahang.gov/posts/1017789885327910