Skip to content

Pakistani lolos Penjara Sungai Buloh

Pihak berkuasa sendiri mengesahkan bahawa tahanan ini melarikan diri ketika turun dari kenderaan polis sebaik tiba di kawasan penjara. Ini bermakna kegagalan berlaku ketika dia berada sepenuhnya di bawah kawalan keselamatan.

Lebih membimbangkan, tahanan ini berdepan kes jenayah serius. Bagaimana individu berisiko tinggi boleh meloloskan diri dengan begitu mudah?

Adakah dia digari? Bagaimana dia boleh hilang dalam kawasan penjara? Adakah dia berjalan keluar tanpa disedari, memanjat tembok, atau bersembunyi di bawah lori untuk keluar seperti dalam filem Hollywood? Adakah wujud bantuan orang dalam atau luar?

Persoalan paling penting, di mana rakaman CCTV? Jika ada, tunjukkan kepada rakyat. Jika tiada, ini satu kegagalan asas yang tidak boleh diterima.

Rakyat tidak mahu alasan. Rakyat mahukan kebenaran dan bukti.

Saya mendesak penjelasan penuh, pendedahan rakaman CCTV, dan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuai.

Ketelusan bukan pilihan. Ini soal keselamatan rakyat dan kredibiliti negara.