Skip to content

PAS sebuah parti yang kerap kali berbohong

Apakah kenyataan pengerusi PAS, Tan Sri Hadi Awang benar apabila beliau mendakwa sudah mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen kerajaan perpaduan dari Sabah dan Sarawak yang akan menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk menukar kerajaan persekutuan selepas pilihanraya negeri (PRN) 6 negeri? Sekiranya benar, beliau perlu hadirkan bukti yang kukuh.

Jika tidak, ini bermaksud Hadi Awang sekali lagi berbohong kepada rakyat. Beberapa bulan lalu, beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan palsu kepada rakyat dan ahli-ahli PAS dengan mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca gejala rasuah di Malaysia. Pada masa itu, saya cabar Hadi untuk buat laporan polis dan laporan SPRM di atas dakwaannya akan tetapi tiada sebarang laporan dibuat.

PAS juga merupakan sebuah parti yang kerap kali berbohong. Saban hari PAS mengutuk DAP sebuah parti anti Islam, anti Melayu dan macam-macam lagi tomahan tanpa berdasarkan asas dan bukti. PAS juga memainkan api kemarahan dan kebencian dengan isu-isu perkauman dan agama. Selain daripada berbohong dan fitnah, mengapa pemimpin-pemimpin PAS gagal menampilkan sebarang idea-idea yang memajukan ekonomi kepada pengundi semasa PRN enam negeri ini?