Skip to content

Seruan kepada para pengundi dalam enam pilihan raya negeri untuk memulakan era baharu di Malaysia sebagai sebuah negara hebat dunia

Saya seru kepada para pengundi dalam pilihan raya di enam negeri; Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu untuk memulakan era baharu di Malaysia sebagai sebuah negara hebat dunia dengan mengundi calon-calon Pakatan Harapan–Barisan Nasional.

Saya sudah berusia 82 tahun. Beberapa hari yang lepas, saya terjatuh di rumah saya dan saya berjalan sedikit tempang.

Saya bukan seorang calon dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, tetapi saya sesibuk mana-mana calon yang bertanding.

Saya telah melawat sepuluh kerusi DAP dan satu kerusi UMNO di Pulau Pinang, 12 kerusi DAP dan satu kerusi UMNO di Selangor, dan tiga kerusi DAP di Negeri Sembilan.

Saya kini sedang melawat dua kerusi yang ditandingi DAP di Kedah.

Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu berharap untuk menang besar dalam enam pilihan raya negeri pada hari Sabtu. Mereka berharap untuk menang 5-1 jika bukan 6-0.

Akan menjadi satu bencana untuk negara sekiranya PN menang mana-mana dari tiga negeri Pulau Pinang, Selangor, atau Negeri Sembilan.

Saya sendiri menjangkakan status quo 3-3 dikekalkan, tetapi saya berharap gabungan PH–BN mencatatkan kemajuan di Kedah, Kelantan, dan Terengganu berbanding dengan pilihan raya umum sebelum ini pada tahun 2018.

Setiausaha Agung PKR merangkap Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution percaya bahawa ada peluang untuk kerajaan Perikatan Nasional di Kedah untuk tumbang, yang merupakan satu perkembangan yang baik.

Apa yang penting adalah untuk semua parti politik mempromosikan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan dan untuk TIDAK mengapi-apikan ketegangan antara kaum dan agama serta perasan hasad.

DAP sejak dari awalnya pada tahun 1966 lagi percaya yang Malaysia hanya mampu berjaya sekiranya semua kaum, agama, dan budaya hidup bersama dan belajar dari satu sama lain, dan bukannya untuk mana-mana kaum, agama, atau budaya menguasai yang lain.

Malaysia hanya boleh berjaya sekiranya semua kaum dan agama bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai kestabilan politik, yang harapnya akan menjadi semakin dan bukannya semakin lemah selepas hari Sabtu, 12 Ogos.