Skip to content

Pengundi mengundi untuk memilih pemimpin dan bukan untuk sesuatu kaum atau agama

Pengundi-pengundi terutamanya pengundi muda diingatkan bahawa dalam sesuatu pilihan raya, mereka mengundi untuk memilih pemimpin bagi memimpin negara dan bukannya untuk memilih sesuatu kaum atau agama.

Pelajar-pelajar sekolah mesti diajar tentang proses demokrasi sebelum mereka mencapai umur 18. Perkara ini tidak dilakukan apabila umur mengundi dikurangkan daripada 21 kepada 18 dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2019. Perkara ini mesti dilakukan dengan kadar segera.

Saya mendapati ramai pengundi muda terpengaruh dengan media sosial untuk mengundi mengikut kaum atau agama. Mereka mesti diajar supaya mengundi untuk memilih pemimpin-pemimpin yang berkebolehan dan bersih daripada rasuah. Pemimpin-pemimpin yang dipilih mestilah berkebolehan menangani kerumitan mentadbir negara yang merangkumi pengurusan kewangan negara, operasi pentadbiran, melakarkan masa depan negara dan juga menjaga keamanan dan keharmonian negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

Saya juga mendapati ramai pengundi muda tidak mengenali parti-parti politik dan sistem demokrasi dalam negara kita.