Skip to content

Rakyat Kedah mesti mengundi untuk sebuah kerajaan Negeri yang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan

Saya menyeru rakyat Negeri Kedah untuk ‘Kalih bagi Sama’. Ini adalah satu seruan kepada pengundi-pengundi di Kedah untuk mengundi sebuah kerajaan negeri yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

Belanjawan tahunan Kerajaan Kedah hanya RM1.0 bilion manakala belanjawan Kerajaan Persekutuan adalah RM386.0 bilion untuk tahun 2023. Belanjawan tahunan Kedah tidak ada bandingan dengan jumlah belanjawan tahunan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan ingin menyalurkan lebih banyak dana dan membawa pelabur- pelabur ke Kedah tetapi Kedah mempunyai seorang Menteri Besar yang suka bermusuh-musuhan, bercakap kasar dan angkuh sikapnya. Datuk Seri Mohammad Sanusi bermusuhan dengan ramai orang terutamanya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan. Orang Kedah menjadi mangsanya. Rakyat Kedah tidak dapat menghalang Mohammad Sanusi daripada bermusuhan dengan begitu ramai orang semasa beliau menjadi Menteri Besar tetapi pada hari Sabtu ini (12hb Ogos) rakyat Kedah akan mempunyai satu peluang dalam 5 tahun untuk menentukan samada mereka masih mahu Mohammad Sanusi terus menjadi Menteri Besar mereka.Dato’ Ngeh Koo Ham berkata demikian dalam ucapannya kepada orang ramai di rumah pangsa Tongkang Yard dekat sini.

Pendapatan perkapita rakyat Kedah ialah RM25,000 setahun atau kira-kira RM2,000.00 sebulan manakala pendapatan perkapita penduduk di Kuala Lumpur ialah RM128,000 setahun atau kira-kira RM10,000.00 sebulan.

Jika pengundi di Kedah terus mengundi Mohammad Sanusi dan Perikatan Nasional untuk menerajui Negeri Kedah, mereka tidak akan mendapat pembangunan di negeri mereka. Gaji mereka akan tetap bertakung pada kadar RM2,000.00 sebulan manakala mereka di negeri lain yang mengundi PH dan BN akan melihat lebih banyak kemajuan dan gaji mereka akan naik pada tahun-tahun akan datang kerana mereka bekerjasama dan bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan.