Skip to content

Sejarah dicipta pagi ini di Teluk Bahang ketika saya bercakap dengan para pemimpin tempatan MCA dan UMNO untuk bersatu padu membina sebuah Malaysia majmuk yang berjaya seperti yang diharapkan oleh tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn yang juga merupakan Presiden UMNO

Sejarah dicipta pagi ini di Teluk Bahang ketika saya bercakap dengan para pemimpin tempatan MCA dan UMNO untuk bersatu padu membina sebuah Malaysia majmuk yang berjaya seperti yang diharapkan oleh tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn yang juga merupakan Presiden UMNO dan juga tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T. Sambanthan.

DAP telah menentang MCA dan UMNO dalam Barisan Nasional selama berdekad-dekad, tetapi penentangan ini adalah kerana perbezaan politik dan bukannya kerana pemimpin DAP mempunyai permusuhan atau kebencian terhadap para pemimpin Barisan Nasional.

Kerana inilah saya boleh berkawan dengan Tunku, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn, dan juga para pemimpin UMNO dan MCA yang lain.

Malah, dalam dekad terakhir hidupnya, Tunku dan saya berkongsi perjuangan politik yang sama untuk memastikan adanya demokrasi dan persaingan sihat dalam politik Malaysia.

Salah satu perbezaan politik di antara DAP dan Barisan Nasional adalah mengenai rasuah.

Pada tahun 1995, Transparency International (TI) mula menerbitkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan Malaysia berada di tempat ke-23 dari 41 negara yang ditinjau.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), negara kita melalui tiga Perdana Menteri UMNO selama 22 tahun dari 1995 hingga 2021 untuk jatuh dari tempat ke-23 dari 41 negara sejak carta ini diterbitkan pada tahun 1995 ke tempat ke-62 dari 180 negara pada tahun 2017, tetapi, Muhyiddin hanya memerlukan 10 bulan dari 1 Mac ke 31 Disember 2020 untuk menyebabkan negara kita jatuh 11 anak tangga dari tempat ke-51 pada tahun 2019 ke tempat ke-62 dalam TI CPI 2020 selepas dia menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton.

Adakah Muhyiddin menyokong rancangan Anwar untuk menjadikan Malaysia 25 negara teratas dalam TI-CPI?

Kita bernasib baik apabila Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022 tidak memberikan negara kita Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10, jika tidak, kita pastinya akan menerima kedudukan TI-CPI yang paling rendah dalam sejarah. Sekarang, kita dapat dengar-dengar yang menantu Muhyiddin hilang dari negara walaupun sedang dicari oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama berbulan-bulan. Ini adalah satu lagi rekod bersejarah untuk seorang bekas Perdana Menteri Malaysia.

Kita juga bernasib baik apabila Pilihan Raya Umum ke-15 tidak membawa kepada Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Hadi Awang ini mungkin satu-satunya pemimpin Islam di dunia yang paling banyak menaburkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dalam era media sosial.

Saya masih menunggu dengan penuh sabar untuk dia menunjukkan bukti untuk segala tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkannya terhadap saya – kononnya saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, komunis.

Hadi masih belum menerangkan sama ada kerajaan Arab Saudi sudah membatalkan pengharaman terhadapnya dari memasuki negara tersebut, walaupun dia pernah menjadi Duta Khas ke Timur Tengah untuk dua orang Perdana Menteri dari tahun 2020 hingga 2022.

Malaysia perlu menunjukkan contoh yang baik dalam hal ehwal tadbir urus baik dan usaha memerangi rasuah kepada dunia.

Anwar perlukan sokongan dari semua rakyat Malaysia yang patriotik untuk berusaha menjayakan sebuah Malaysia yang progresif, terbuka fikiran, dan makmur dan kerana inilah pada hari Sabtu, para pengundi di keenam-enam negeri ini perlu mengundi gabungan PH–BN.