Selamat sejahtera Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan rakan-rakan Ahli Dewan sekalian. Pertama sekali, Pekan Nenas merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018 Negeri Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
1. Perancangan Pembangunan Bertindihan Dengan Dekad Hijau Dan Lestari
Menurut ucapan Bajet Menteri Besar, negeri Johor akan memasuki dekad baharu. Salah satu Dekad Baharu Johor adalah dekad hijau dan lestari di mana lebih banyak pokok akan ditanam, lebih banyak kawasan hutan dipulihara dan diperihara. Ini merupakan suatu cita-cita yang baik dan saya menyambut baik dengan dekad hijau dn lestari.
Malah, Pekan Nenas mendapati bahawa perancangan pembangunan di negeri Johor jelasnya bertindihan dengan matlamat tersebut.
Menurut Rancangan Tempatan Daerah Pontian 2002-2015, Blok Perancangan Kecil 3.6 (BPK) Chokoh, persisiran pantai di sekitar Chokoh adalah terdiri daripada Rizab Hutan Paya Laut dengan jumlah keluasan 193.83 hektar. Malah dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Pontian 2030 yang dikeluarkan sejak akhir-akhir ini, saya dapati sebahagian besar Rizab Hutan Paya Laut di BPK Chokoh telah ditukarkan kegunaan tannahnya kepada industri berat.
Ini bermakna beratus-ratus hektar hutan paya bakau akan dimusnah untuk pembinaan perindustrian berat di kawasan tersebut. Saya nak tanya, adakah ini bersesuaian dengan Johor memasuki dekad hijau dan lestari? Siapa yang merosakan Dekad hijau dan lestari negeri Johor? Adakah ini salah DAP lagi? Adakah ini pembangkang yang pergi menebang dan memusnahkan hutan paya bakau di kawasan tersebut supaya dekad hijau dan lestari negeri Johor tidak akan dicapai? Bukan, pemusnahan hutan paya bakau yang bertentangan dengan dekad hijau dan lestari ini berlaku disebabkan tindakan kerajaan sendiri, tidak mengikut apa dasar yang diwar-warkan kepada orang awam.
Ucapan bajet menyatakan lebih banyak pokok akan ditanam, lebih banyak kawasan hutan dipulihara dan dipelihara. Saya nak tanya di kawasan mana? Berapakah keluasannya? Saya berharap menteri besar dapat menyenaraikan jumlah keluasan pokok yang akan ditanam oleh kerajaan dan jumlah keluasan hutan rizab yang akan dimusnahkan oleh atas nama pembangunan. Jika kita buat perbandingan jumlah keluasan pokok yang ditebang dengan jumlah keluasan hutan yang akan dimusnahkan, kita boleh faham adakah kerajaan berhasrat mewujudkan pembangunan lestari secara ikhlas. Janganlah meneriak-neriak apabila menanam beberapa pokok, tetapi menjadi bisu apabila telah memusnahkan beratus-ratus hektar hutan paya bakau!
Pekan Nenas bukanlah membantah sebarang pembangunan ataupun kewujudan kawasan perindustrian di negeri Johor, tetapi pembangunnan prerindustrian khasnya industri berat perlu dirancang di kawasan yang lebih sesuai dan munasabah. Kenapa kerajaan tidak mencari tapak yang lain tetapi berniat memusnahkan hutan paya bakau yang sedia ada untuk perindustrian berat? Adakah ini cara kerajaan menjana pendapatan cepat dengan menjualkan tanah-tanah di hutan paya bakau?
Bagi pandangan saya, adalah tidak wajar kerajaan merancang meluluskan kegiatan perindustrian berat di kawasan hutan paya bakau yang memainkan peranan penting di sistem ekologi.
2. Pelan Pertumbuhan Strategik Johor Lukisan Biskuit atas kertas.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Kerajaan ada pelbagai pelan dan rancangan yang lihatnya cantik dan holistik. Tapi pelan dan rancangannya selalu macam lukisan biskut dalam kertas, nampaknya elok tapi langsung tak boleh makan.
Dalam Pelan Pertumbuhan Strategik Johor, setiap daerah di Johor akan dibangunkan mengikut kekuatan setempat dan lapangan kebitaraannya. Titik berat daerah Pontian dalam Pelan Pertumbuhan Strategik Johor adalah perikanan dan eko-pelancongan, bukannya perindustrian berat. Malah, banyak hutan paya bakau di muara Sungai Pulai telah dimusnah menjadi tapak kegunaan perindustrian berat. Lebih kurang seribu hektar hutan paya bakau di kawasan Tanjung Bin telah dimusnahkan untuk kegunaan perindustrian berat. Malah kerajaan masih meluluskan penambakan laut seluas 1,411 hektar untuk menjalankan projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim. Sejak akhir-akhir ini, datanglah lagi rancangan memusnahkan hutan paya bakau yang sedia ada di kawasan Chokoh untuk perindustrian berat.
Saya nak tanya, adakah kekuatan setempatan dan lapangan kebitaraan daerah Pontian telah ditukar kepada perindustrian berat dan industri oil & gas? Jika tidak, kenapa kawasan Tanjung Piai perlu menjalankan penambakan secara besar-besaran dan memusnahkan hutan paya bakau sekali-kali demi pembangunan perindustrian berat?
Ini sekali lagi membuktikan kerajaan Johor selalunya cakap tak serupa bikin. Kalau kerajaan Johor membuat perancangan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor, tetapi sendiri tidak mengikut dan melanggarnya, macam mana rakyat boleh percaya kepada perancangan kerajaan?
3. Kepentingan Hutan Paya Bakau Di Kawasan Tanjung Piai
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Hutan paya bakau adalah amat penting dalam ekosistem dan merupakan tempat pembiakan bagi hidupan laut. Di samping itu, hutan paya bakau yang kaya dengan pelbagai fauna dan flora juga merupakan daya tarikan yang besar kepada eko-pelancongan. Kalau kerajaan menetapkan hajatuju pembangunan daerah Pontian sebagai eko-pelancongan dan perikanan, maka kerajaan Johor harus menfocuskan usahanya dalam pemelihara dan pemulihara hutan paya bakau di daerah Pontian. Bukannya selalu memusnahkan hutan paya bakau di kawasan sana.
Negara kita hanya mempunyai 6 tapak Ramsar, iaitu Tapak Ramsar Pulau Kukup, Sungai Pulai, Tanjung Piai, Tasik Bera, Kuching Wetlands National Park dan Lower Kinabatangan-Segama Wetlands. Kita akan mendapati bahawa 3 daripada 6 tapak Ramsar di Malaysia terletak di daerah Pontian. Ini merupakan keunikan daerah Pontian yang tidak dapat digantikan oleh mana-mana tempat lain. Sebab itu, kerajaan menetapkan lapangan kebitaraan daerah Pontian sebagai eko pelancongan adalah betul dan rasional. Masalahnya hanyalah kerajaan selalu cakap tak serupa bikin.
Menjaga alam sekitar dengan baik merupakan langkah paling asas untuk menarik pelancong yang mencintai alam sekitar dalam usaha menjayakan kegiatan eko-pelancongan di daerah Pontian.
Malah, Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim hanya berjarak 900 meter dari Taman Negara Tanjung Piai. Dalam DEIA report telah mencatatkan pelaksanaan projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim akan membawa kesan negatif yang signifikan dan tidak dapat dipulihkan dengan markah -D kepada Taman Negara Tanjung Piai. Daya tarikan destinasi Taman Negara Tanjung Piai yang amat bergantung kepada “seaview” terhadap Selat Johor akan dihalang dengan serius oleh projek ini.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Pencinta alam mengkunjungi penghujung benua Asia di Taman Negara Tanjung Piai, mereka hendak menghayati pandangan seaview yang luas di Selat Johor, bukannya datang tengok “boiler stack” yang setinggi 28 meter ataupun tangki penyimpanan minyak yang setinggi 16 meter kepada 23 meter.
Di samping itu, hutan paya bakau merupakan habitat dan tempat pembiakan bagi sumber laut. Memelihara dan memuliharakan huatan paya bakau yang sedia ada adalah penting dalam memastikan sumber laut di kawasan perairan daerah Pontian banyak dan berterusan.
Kegiatan perindustrian berat akan merosakkkan usaha menjayakan daerah Pontian sebagai pusat eko-pelancongan dan perikanan. Oleh itu, saya sekali kali menyeru kerajaan mengkaji kesesuaian untuk menumpukan kegiatan perindustrian berat di kawasan Tanjung Bin dan Tanjung Piai sama ada dengan cara penambakan laut ataupun memunsnahkan hutan paya bakau.
4. Di Mana FDI Pusat Petroleum Bersepadu Dan Taman Maritim?
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Pekan Nenas sekali lagi menyatakan keraguan terhadap pelaksanaan projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim di Tanjung Piai. Dalam DEIA Report telah mengakui “terdapat risiko bahawa pembangunan yang meningkat di kawasan sekeliling Sg Pulai akan mendatangkan risiko memberi kesan kepada kawasan hutan bakau dan juga kawasan tanah besar dan penduduk setempat di sekeliling Tanjung Piai.
Saya juga memetik dari DEIA report yang menyatakan “dari segi kepentingan ekonomi, sekiranya projek tidak dilaksanakan, adalah ditafsirkan sebanyak RM 12.2 billion Foreign Direct Investment akan hilang.”
Dengan jelasnya anggaran kedatangan FDI (FDI) berbilion-billion merupakan asas pelaksanaan projek ini. Menurut pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada 12 Mac 2013, Abu Dhabi kan membina kemudahan penyimpanan minyak mentah dan petroleum berharga RM 21 bilion di luar pantai Tanjung Piai. Abu Dhabi telah memeterai satu perkongsian dengan 1MY Strategic Oil Terminal Sdn Bhd (1MY) untuk bersama mendirikan kemudahan penyimpanan minyak mentah dan petroleum di atas sebidang tanah seluas 1,000 ekar yang akan ditebus guna di luar pantai Tanjung Piai.
Hari ini, penambakan telah dijalankan, pasir sudah dicampak ke dalam periuk nasi nelayan, semua bubur telah menjadi nasi. Saya nak tanya dalam dewan yang mulia ini, di mana datangnya FDI yang berkali-kali disebut oleh kerajaan Barisan Nasional?
Ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional ini, ayam belum bertelur, sudah riuh seluruh dunia. Hari ini, Abu Dhabi tidak lagi datang melabur di Projek Petroleum Bersepadu Dan Taman Maritim. Tidak ada FDI daripada Abu Dhabi, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional terpaksa membayar 1.2 billion USD kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi, IPIC akibat kes mahkamah timbangtara berkaitan skandal 1MDB. Keadaan ini terjadi adalah akibat negara kita dipimpin oleh kerajaan pencuri, perompak dan penyamum.
5. Adakah Pusat Petroleum Bersepadu Dan Taman Maritim Menjadi Projek Gajah Putih?
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Saya ada 4 soalan untuk mega projek Pusat Petroleum Bersepadu Dan Taman Maritim.
Pertama, menurut Bursa Announcement Syarikat Benalec pada 11 June 2015, MOU jual beli tanah sebanyak 1000 ekar antara Benalec, The State Secretary, Johor (Incorporated) SSI dan pembeli 1My Strategic Oil Terminal gagal ditandatangani dan perjanjian tersebut ditamatkan pada tarikh tersebut. Pihak-pihak yang terlibat telah menangguhkan perjanjian tersebut sebanyak 9 kali sejak 12 March 2013. 1MY Stratigic Oil Terminal sebagai pembeli telah digugurkan pada 22 December 2015. Dengan penamatan MOU dan keguguran syarikat 1 MY Strategic Oil Terminal, siapakah pembeli tanah penambakan dan pelabur untuk projek Pusat Petroleum Bersepadu Dan Taman Maritim sejak akhir-akhir ini?
Kedua, menurut Bursa Announcement Syarikat Benalec pada 18 Ogos 2016, MOU Benalec dengan Salcon Engineering Berhad untuk menyediakan infrastruktur bekalan air dan waste water management gagal ditandatangani dan ditamatkan selepas beberapa kali penangguhan sejak 27 Ogos 2015. Dengan penamatan MOU Benalec dengan Salcom Engineering Berhad, siapa yang akan bertanggungjawab menyediakan kemudahan infraktruktur bekalan air dan waste water treatment untuk projek Pusat Petroleum Bersepadu Dan Taman Maritim?
Ketiga, menurut Bursa Announcement Syarikat Benalec pada 28 Oktober 2016, MOU Benalec dengan Pestech Sdn Bhd. untuk menyediakan infrastruktur bekalan elektrik juga gagal ditandatangani dan ditamatkan selepas beberapa kali penangguhan menandatangani perjanjian MOU sejak 27 Ogos 2015. Dengan penamatan MOU Benalec dengan Pestech Sdn Bhd., siapakah yang akan bertanggungjawab menyediakan kemudahan infraktruktur bekalan elektrik untuk projek Pusat Petroleum Bersepadu Dan Taman Maritim?
Memandangkan ketiga-tiga MOU yang melibatkan jual beli tanah, penyediaan infrasstruktur bekalan air dan elektrik semua gagal ditandatangani, saya berasa khuatir terhadap perkembangan projek tersebut. Adakah projek ini akan menjadi projek Gajah Putih di perairan Tanjung Piai?
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
6. Tawaran Program Air Percuma Sebagai Pampasan Kerajaan Gagal Mengurus Air
Menurut kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre yang dijalankan ke atas 1,203 pengundi, 72% pengundi meletakkan isu-isu ekonomi sebagai perkara yang paling membimbangkan mereka. 29% responden mengatakan tidak ada simpanan walaupun RM 500 untuk menghadapi keadaan kecermasan, 15% responden tidak makan untuk menjimat duit dan 40% responden mengaku menangguh atau tidak mampu membayar bil ultiliti.
Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia hidup dalam kesengsaraan akibat kenaikan kos sara hidup yang melambung tinggi. Oleh itu, bantuan kerajaan untuk meringankan beban hidup golongan miskin adalah amat penting.
Kalau kita imbas kembali Bajet Negeri Johor yang lepas, Menteri Besar pernah mengumumkan Program Air Percuma sebanyak 25 meter padu kepada 5,000 penduduk dan melibatkan perbelanjaan RM 3 juta.
Malah dalam Bajet 2018, tawaran Program Air Percuma telah lesap dalam Bajet 2018. Saya hendak tanya, macam mana tentang keadaan pelaksanaan 25m3 Program Air Percuma kepada sasaran 5,000 penerima pada tahun 2017. Adakah sasaran 5000 penerima berjaya dicapai dan apa sebabnya program ini tidak disenaraikan dalam Bajet 2018 negeri Johor.
Saya menyeru kerajaan meneruskan dan meluaskan Program Bantuan Air kepada rakyat Johor dalam Bajet 2018. Saya faham kerajaan Johor tidak berupaya mencontohi kerajaan Selangor yang membekalkan air percuma kepada semua rakyat Selangor sebab keupayaan kerajaan Johor jauh ketinggalan jika berbanding dengan kerajaan Selangor. Tapi, saya ingin mengingkatkan kerajaan Johor bahawa menawarkan Program Air Percuma kepada golongan miskin perlu dipandang sebagai suatu kewajiban kerajaan untuk meringankan beban rakyat Johor.
Ini adalah disebabkan kegagalan kerajaan Johor dalam pengurusan bekalan air menyebabkan rakyat Johor terpaksa menanggung bayaran air yang paling mahal di seluruh Malaysia. Oleh itu, sekiranya negeri Johor masih mencatatkan rekod tariff air yang paling tinggi di seluruh Malaysia, maka kerajaan Johor berkewajiban meneruskan program Bantuan Air Percuma. Program ini juga merupakan suatu pampasan kerajaan Johor kepada rakyat kerana kegagalan kerajaan Johor dalam dasar penswastaan bekalan air telah menyebabkan bangsa Johor terpaksa menanggung bayaran air tertinggi.
Selain itu, penerima program Tawar Air Percuma tidak harus sekadar 5000 penerima di bawah program e-kasih dengan peruntukan 3 juta. Ia seharusnya diperluaskan kepada semua penerima Baitumal, JKM, penduduk rumah kos rendah serta rumah mampu milik.
Ucapan Bajet yang bertema “MEMBANGUN DEKAD BAHARU YANG SEJAHTERA UNTUK JOHOR’ menyebut enam Dekad Baru, iaitu,
- Johor akan dibangunkan pada skala besar-besaran
- perubahan drastik struktur ekonomi Johor
- transformasi sistem, budaya kerja dan norma kehidupan kepada kerajaan dan masyarakat digital
- memastikan setiap putera-puteri Bangsa Johor, dibangunkan kemahirannya secara bersepadu
- Dekad Baharu Johor adalah dekad yang hijau dan lestari
- kesejahteraan dan kualiti hidup yang ditingkatkan.
Menyediakan kemudahan air dan mengawal bayaran tariff air merupakan tanggungjawab kerajaan. Jika tariff air juga tidak dapat dikawal dengan baik, rakyat terpaksa menanggung bayaran air yang tinggi dan berasa tidak adil apabila berbanding dengan negeri lain. Apakah kelayakan kerajaan Johor untuk melaungkan slogan memasuki dekad kesejahteraan dan kualiti hidup ditingkatkan. Yang ditingkatkan hanyalah tariff air yang telah paling tinggi dan akan semakin tinggi di seluruh Malaysia sahaja, mana datangnya kesejahteraan masyarakat.
Oleh itu, saya bercadang dalam dekad baru negeri Johor, kita perlu masukkan dekad pembekalan air yang berkualiti dan murah. Rakyat Johor tidak harus dihantui masalah catuan air dan bayaran bil air yang paling tinggi pada masa yang akan datang. Masalah bekalan air tidak kira dari segi kualiti dan harga merupakan suatu isu yang perlu dipandang serius dan dimasukkan dalam dekad baru negeri Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
7. Pembinaan Hospital Pontian
Dalam Bajet 2017, Menteri Besar ada sentuh tentang pembinaan Hospital Pasir Gudang yang bernilai RM500 juta akan dimulakan pada pertengahan tahun depan. Sebab itu, ucapan saya pun nak sentuh sikit tentang pembinaan hospital baru di daerah Pontian.
Dalam Rancangan Tempatan Daerah Pontian 2002-2015(Pengubahan), keperluan dan cadangan pembinaan hospital baru di daerah Pontian telah dirancang dan pengenalpastian tapak yang bersesuaian juga telah dicadangkan untuk memohon peruntukan di bawah RMK-10.
Lot 7866 & 7867, 6369, 205-207, PTD 6461 & 6462 yang terletak di antara Taman Desa Molek dan Taman Pontian Jaya telah dirancang digunakan sebagai tapak kegunaan kesihatan untuk pembinaan hospital baru seluas 22.75 ekar.
Malah, dalam Draf Rancangan Tempatan 2030 (Penggantian), saya dapati rancangan untuk pembinaan hospital baru di daerah Pontian telah hilang. Tapak-tapak yang pada awalnya dirancang untuk pembinaan hospital telah ditukar kegunaannya tanahnya sebagai kegunaan perindustrian dan perumahan.
Saya berasa amat dukacita apabila mendapati rancangan pembinaan hospital baru dibatalkan dalam Draf Rancangan Tempatan Pontian terkini. Jika dalam Rancangan Tempatan yang lama ada rancangan pembinaan hospital baru, tetapi dalam Rancangan Tempatan Daerah Pontian yang baru, rancangan pembinaan hospital baru ditukar menjadi menaiktarafkan hospital. IAdakah ini tanda negeri Johor menuju ke depan ataupun semakin mundur ke belakang? Cara perancangan menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan ini tidak setimpal dengan slogan kata ” Johor Berkemajuan”.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Penduduk di Daerah Pontian dijangka akan bertambah daripada 149,938 orang pada tahun 2010 kepada 230,740 orang menjelang tahun 2030 dengan Kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 2.03%. Sedikit lebih tinggi daripada purata KPPT Negeri Johor iaitu 2.00%.
Hospital sedia ada yang telah bersejarah 100 tahun sudah terlalu lama dan memerlukan banyak perubahan terutamanya dari segi kemudahan rawatan dan fasiliti. Secara perbandingan, tapak hospital Pontian yang sedia ada hanya seluas 15.33 ekar, hanya 67.38% daripada cadangan tapak baru seluas 22.75 ekar.
Adalah wajar bagi kerajaan membuat perancangan jangka masa panjang dengan membina sebuah hospital pakar baru di daerah Pontian berbanding dengan cara menaiktarafkan hospital yang sedia ada.
Oleh itu, saya berharap kegunaan tanah untuk tapak pembinaan hospital baru dapat terus digunaakan sebagai kegunaan kesihatan. Jika tapak-tapak tersebut didapati tidak bersesuaian, kerajaan perlu mencari tapak lain yang lebih besar untuk merealisasikan pembinaan hospital baru.
Yang Berhormat Tan Speaker,
8. Tapak Pelupusan Sampah Di Pekan Nenas
Akhir sekali, saya telah mengemukakan soalan kepada Exco Perumahan, memohon nyatakan kapasiti muatan tapak pelupusan sanitari Seelong dan tempoh hayat penggunaannya jika turut digunakan untuk melupuskan sampah dari kawasan MPJB, MPJBT, MPKU, MDP dan MDKT pada masa depan.
Malah Datuk Exco menjawab sebegini: “Sehingga 30 September 2017, sebanyak 112,742 premis telah diperiksa melibatkan 1,335 buah taman serta sebanyak 30 notis pemberitahuan kesalahan dan 19 kompaun telah berjaya dikeluarkankepada pemilik yang gagal melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca.
Jawapan yang Exco Perumahan bagi ini langsung tiada kaitan dengan apa yang saya tanya. Saya tanya tempoh hayat tapak pelupusan, Exco perumahan bagi aku notis dan kompaun pula. Saya memohon Exco perumahan mengambil kesempatan menjawab semula soalan A179 yang saya bentangkan secara professional dalam penggulungan ucapan exco perumahan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Tapak pelupusan sampah di Pekan Nenas telah tidak dapat menampung janaan sisa pepejal semasa yang terhasil. Tempoh hayat tapak pelupusan juga telah melebihi jangka masa yang telah ditetapkan dan perlu ditutup selamat secara segera.
Bilanya masa pelaksanaan pembinaan Transfer Station yang dicadangkan. Jika saya merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan Daerah Pontian terkini, pembinaan Transfer Station yang berkos RM20 juta dimasukkan dalam Fasa Pelaksanaan Projek Pembangunan Jangka Serdehana yang dirancang akan dilaksanakan dalam jangka masa 2021-2025. Tindakan ini terlalu perlahan untuk menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah di kawasan Pekan Nenas.
Selain itu, apakah langkah-langkah mitigasi untuk menyelesai masalah pencemaran bau yang sering mengganggu keselesaan penduduk tempatan selain menyembur EM di tapak pelupusan sampah?
Saya bercadang Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan lebih banyak peruntukkan untuk menampung kos pengangkutan sampah supaya sampah daerah Pontian dapat dihantar terus ke Tapak Sanitari Seelong sebelum transfer station baru siap dibina. Selain itu, peruntukan tambahan juga perlu disediakan supaya cara penutupan sampah dengan menggunakan tanah dapat kerap dijalankan untuk mengatasi masalah bau busuk.