Skip to content

Ucapan oleh ADUN Yong Peng, Chew Peck Choo semasa membahaskan Belanjawan Negeri Johor 2018

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Selamat pagi dan Salam Harapan Johor.

Yong Peng mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang mengambil bahagian untuk membahaskan Bajet 2018 Negeri Johor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 23hb November yang lalu.

Y.B. Dato’ Speaker,

Yong Peng ingin bangkitkan bajet 2018 Negeri Johor ini tidak ada peruntukkan untuk mammogram.

Kanser payudara merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan wanita seluruh Malaysia. Hampir 3, 500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun.

Dengan itu ujian saringan mammogram yang percuma untuk wanita berumur 40 tahun ke atas harus disediakan.

Y.B. Dato’ Speaker

Kerajaan Negeri Johor harus melaksanakan dasar yang memperjuangkan kesaksamaan wanita. Penjawat awam berpangkat tinggi harus diberi peluang kepada wanita yang berbakat. Yong Peng berpendapat penjawat awam wanita yang berkapabiliti boleh dilantik sebagai Datuk Bandar, Yang Dipertua atau setiausaha sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan. Contoh yang paling baik adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah Wanita.

Saya percaya wanita juga dapat mentadbir satu kerajaan tempatan dengan memberi perkhidmatan dan pembangunan yang berkualiti dan seimbang, persekitaran dan kemudahan yang kondusif dan lengkap, dan tadbir urus yang cekap dan bersih dari rasuah.

Y.B. Dato’ Speaker

Bagi meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga ,bukan sahaja program-program Permerkasaan Keluarga dan komuniti atau FACE dan kempen menangani keganasan Terhadap Wanita diadakan,bahkan pusat perlindungan untuk Wanita yang menghadapi keganasan harus meliputi semua sudut di Johor.

Y.B. Dato’ Speaker

Yong Peng menyeru Kerajaan negeri perlu ada rancangan yang strategik untuk meningkatkan peratus wanita dalam tenaga kerja.

Salah satu langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan wanita terus bekerja ialah memastikan pusat penjagaan kanak-kanak di Johor adalah boleh didapati dengan senang dan mampu dibiayai, kerajaan Johor harus ada rancangan untuk mendorong syarikat-syarikat swasta di Johor untuk menubuhkan pusat jagaan sendiri di tempat-tempat kerja.

Dengan menyediakan dasar yang lebih berdekatan untuk para wanita, kita boleh menanggapi bakat dan potensi wanita yang bekerja justeru meningkatkan produktiviti ekonomi negeri ini. Kita mesti sedar bahawa dasar wanita yang baik bukan sahaja mengenai hak wanita, malah ia adalah baik untuk sosial dan ekonomi.

Y.B. Dato’ Speaker,

Pembinaan satu Hospital baru patut diumum kerajaaan persekutuan. Tapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan Hospital Pasir Gudang dalam bajet 2018 Negeri XJohor. Tapi tidak apa, ini semua wang rakyat dan ia harus memberi manfaat kepada semua rakyat. Maka Yang Amat Berhormat Menteri Besar mungkin boleh bagi jawapan bila Hospital Yong Peng yang penduduk Yong Peng tunggu sejak 2004 dapat dibina?

Y.B. Dato’ Speaker

Pada bulan September 2016, Pusat Komuniti Yong peng telah hantar permohonan Mural of Malaysia kepada Majlis Daerah Yong Peng dan salinan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Exco Kerajaan Tempatan, malah permohonan ini ditolak pada hujung Oktober 2016 dengan sebab Majlis Daerah Yong Peng ingin initiatif mengadakan Mural Of Malaysia di kawasan tadbiran Majlis Daerah Yong Peng. Tetapi sampai bulan september 2017 tidak nampak satu pun di pekan Yong Peng. Dengan itu permohonan semula dari Pusat Komuniti Yong Peng bahagian Seni dan kebudayaan telah dihantar ke Majlis Daerah Yong Peng pada bulan Oktober 2017, kami berharap permohonan ini dapat diluluskan sebab segala sudah siap sedia hanya tunggu satu kelulusan sahaja.

Yong peng berharap hal ini dapat perhatian daripada kerajaan negeri dan kami berkeyakinan mural of Malaysia ini dapat melonjakkan lagi industri pelancungan di yong peng.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Sedia maklum bahawa ketika ini kos sara hidup semakin meningkat akibat penarikan subsidi Minyak Petrol dan barang keperluan. Yong Peng menyeru agar dikembalikan semula subsidi terutama Minyak Petrol.

Yong Peng juga terima aduan dari pesakit bahawa ubat yang diberi tidak cukup dan ada yang perlu beli sendiri di farmasi swasta. Keadaan ini telah mengakibatkan rakyat rasa terdesak dan Yong Peng berharap kerajaan dapat mengkaji isu ini.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Yong Peng bercadang supaya Kerajaan Negeri Johor dapat memberi pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, kos sederhana dan seumpamanya pada tahun 2018 untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah ekoran dihambat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan iaitu GST.

Yang berhormat Dato Speaker,

Yong Peng telah terima aduan dari penduduk tempatan dengan penambahan kes pechah rumah di pekan Yong Peng.

Selain menambahkan anggota polis di balai polis Yong Peng, Yong Peng bercadang supaya CCTV dipasang di setiap persimpangan pintu masuk ke kampung2, kawasan perumahan dan lampu isyarat.

Yang Berhormat Dato Speaker

Bajet Negeri johor 2018 telah terlupa Sekolah Menengah Cina di Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Negeri selangor dan Negeri sarawak telah memberi peruntukkan tetap kepada Sekolah Menengah Cina Swasta di Negeri mereka.

Kerajaan2 ini faham bukan hanya kaum Cina yang belajar di sekolah-sekolah ini bahkan murid dari kaum Melayu dan India juga belajar di sekolah ini sebab ingin lebih mahir dalam bahasa Cina.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Sekolah Menengah Cina Yong Peng menghadapi masalah kewangan di mana tidak cukup satu million setiap tahun dan ia perlu mengambil derma dari Masyarakat tempatan setiap Tahun.

Masyarakat Cina anggap derma ini sebagai cukai yang kedua walaupun mereka telah membayar cukai pendapatan dan cukai –cukai lain setiap tahun. Yong Peng ingin mengambil kesempatan ini memohon peruntukkan Kerajaan Negeri supaya peruntukkan sebanyak 500 ribu dapat disalur kepada sekolah Menengah Cina Yong Peng setiap tahun untuk meringankan beban ibubapa dan juga masyarakat setempat khasnya dalam suasana ekonomi yang kurang baik ini. Dengan ini baru selari dengan strategi Ke-3 Bajet 2018 – Memberi Fokus kepada Keperluan Masa Hadapan Johor, iaitu membangunkan kemahiran semua Rakyat Johor.

Y.B. Dato’ Speaker,

Seterusnya Yong Peng ingin membangkitkan semula janji Kerajaan negeri berkenaan pemberian 10 ekar tanah untuk Sekolah Menengah Cina Yong Peng.

10 ekar tapak tanah rezab Kerajaan Negeri Johor di Kawasan Yong Peng yang telah dijanjikan oleh Bekas Menteri Besar Johor dan dihadiri juga pemimpin MCA kepada Sekolah Menengah Cina Yong Peng swasta pada tahun 2012.Sehingga kini ia masih belum diserahkan kepada sekolah tersebut. Penduduk Yong Peng hendak tahu janji ini bila boleh ditunaikan?

Yang berhormat Dato speaker

Bagi penduduk yang berpendapatan rendah, rumah kos rendah dan rumah sederhana adalah amat diperlukan.Banyak aduan telah diterima bahawa permohonan melalui kouta awam tidak berjaya dan semasa mereka merujuk ke KMK , penduduk diberitahu ia hanya diberi kepada ahli mereka yang aktif.

Rumah ini sebenarnya terdapat subsidi kerajaan dan ia adalah wang ringgit rakyat, ia tidak harus dipergunakan sebagai satu taktik dapat sokongan . Yong Peng cadangkan kuota KMK ini dihapuskan.

Y.B. Dato’ Speaker

Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah umumkan 100 unit rumah mampu milik akan dibina di Pekan Yong Peng.

Dengan jawapan dari Dewan Yang mulia ini pada 21 Ogos 2013, Lot tanah PTD24689 seluas 45 ekar di Pekan Yong Peng telah diperuntukkan untuk tapak perumahan awam kos rendah.

Y.B. Dato’ Speaker,

Tapak dekat dengan Taman Selatan. Sebelum projek perumahan ini dimulakan, saya menyeru kerajaan negeri supaya mengambil langkah pencegahan banjir disebabkan Taman selatan ini telah dilanda banjir serius pada Tahun 2006. Yong Peng harap jangan selesainya isu rumah tetapi menjana masalah lain seperti banjir.

Y.B. Dato’ Speaker,

Masalah banjir yang saya sebutkan di atas adalah disebabkan Sungai Temehil yang bersebelahan dengan kawasan perumahan ini tidak dikorek dan diselenggara dua kali setahun.Yong Peng berharap Exco dapat mengambil berat dalam isu ini.Ia sudah bertambah teruk dengan tapak sungai hanya nampak tanah dan pokok kecil sahaja.

Yong Peng juga terima aduan dari Penduduk Kampung Sri Sepakat dan Kampung Haji Kamisan bahawa kebun kelapa sawit dan rumah mereka dilanda banjir akibat Sungai Bekok dan Sungai Simpang Kiri yang lama tidak diselenggara. Minta Jasa baik Exco selesaikan masalah penduduk dan pekebun kampung tersebut di atas.

Yong Peng meminta Kerajaan Negeri melalui JPS agar penyelenggaraan Sungai Bekok hingga ke Batu Pahat diselenggara dengan baik untuk mengelakkan Kawasan Yong Peng dan sekitarnya tidak berlaku banjir.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Sungai-sungai penting untuk mengawal banjir kawasan yng berhampiran.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Klinik kesihatan Yong Peng yang baru yang mana tarikh siap projek yang terpapar di papan tanda telah ditukar dari 05 Oct 2016 ke 30 Jan 2017, tapi nampaknya sudah siap tetapi belum beroperasi.

Yong Peng minta penjelasan Exco mengapa dan bila klinik ini akan beroperasi.

Y.B. Dato’ Speaker,

Kerajaan Tempatan harus adakan dasar, garis panduan dan peraturan sebelum meluluskan satu projek perumahan. Semua perparitan dan longkang dihilir projek harus diambilkira sebelum kelulusan supaya projek perumahan tidak menjejas sistem pengairan di hilir Taman Perumahan tersebut. Sebagai Contoh, Taman Damai Jaya yang berada di Yong Peng telah diluluskan dan telah mengakibatkan kebun-kebun di bahagian hilir tapak projek selalu berlaku banjir kilat dan hakisan tanah. Kebun yang penuh dengan tanah merah telah merosakkan tanaman dan mengakibatkan pendapatan pekebun berkurangan.

Pekebun-pekebun ini telah banyak kali mambawa masalah ini ke Majlis Daerah yong peng tetepi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Yong Peng berharap kerajaan Negeri dapat mengambil berat isu ini supaya pendapatan pekebun kecil ini dapat dijamin.

Y.B. Dato’ Speaker,

Semasa kerja melawat ke Kampung Haji Mean bulan lepas, penduduk kampung merasa kecewa sebab masih tunggu satu lampu jalan dipasang di Persimpangan Empangan Bekok dan Jalan Labis. Walaupun Yang Amat Berhormat telah tulis surat pada 22 jun 2016 untuk tindakkan Exco Kerjaraya tetapi sampai hari ini masih gelap persimpangan yang tersebut di atas.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Disini sekali lagi saya bawakan isu berkenaan kawasan takungan air di Empangan Bekok dan Manong . Merujuk kepada Jawapan Exo A106, Jawapan 1,2,5 – Cadangan Yong Peng adalah pokok Kelapa Sawit ditukar Pokok Hutan.

Jawapan 3 – bukan ke tanah sudah diberi pampasan kerajaan negeri, ini tanah kerajaan , minta ambil tindakan.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Satu kilang Piperolisis telah wujud di kawasan Yong Peng dan ia sangat dekat dngan sungai Sedi. Saya telah rujuk ini kepada Jabatan Alam Sekitar tetapi diberitahu pelesean bawah Majlis Daerah Yong Peng.

Minta Kerajaabn Siasat sebab khuartir ia akan datangkan pencemaran air dan udara.

Y.B. Dato’ Speaker

Pada Ogos 2017, Yong Peng telah menghantar satu cadangan kepada Majlis Daerah Yong Peng supaya projek-projek dan isu-isu yang tersenarai dapat di masuk dalam bajet 2018 Majlis Daerah Yong Peng.

Terima kasih Yang Amat Berhormat yang hantar surat kepada Exco Kerajaan tempatan untuk tindakan dan Saya berharap isu-isu dalam Kawasan Yong Peng dapat diselesaikan demi menjamin kesejahteraan penduduk tempatan dan pembayar cukai.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Dalam bajet 2018 tidak disebut langkah pencegahan rasuah semasa pelaksanaan setiap projek, program atau peruntukkan di diberi.

Rasuah ini sebenarnya satu penyakit yang boleh merebak, maka perlu ada satu cara menggelakkan dan bukan tunggu lepas sakit baru hendak bagi ubat.

Yong Peng bercadang setiap projek dilaksanakan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dengan tender terbuka. Yong Peng juga cadangkan proses tender ini memang perlu dikawal selia, yang paling baik SPRM ada dalam pihak berkuasa Tempatan.

Y.B. Dato’ Speaker,

Isu – isu yang dibangkitkan di dewan yang mulia ini sebenarnya suara rakyat.

Yong Peng menyeru pihak kerajaan hendaklah memandang positif apa jua isu yang dibangkitkan sekiranya ia berasas. Marilah Bersatu memajukan negeri yang kita cintai ini. Semuanya dilakukan adalah atas keperluan dan kehendak rakyat semua.

Y.B. Dato’ Speaker,

Sekian ucapan Yong Peng, terima kasih.