Selamat pagi dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke bawah Titah DYMM Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Kelima Dewan Negeri Johor ke-13.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah Baginda kepada Dewan yang mulia ini pada 4hb Mei yang lalu.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
1. Pengangkutan Awam – RTS, LRT-MRT dan Caj Jalan Kenderaan Asing
Menurut Laporan JPJ dan Kementerian Kewangan, jumlah bilangan kenderaan asing yang melalui kedua-dua Tambak Johor dan Linkedua bagi bulan November dan Disember 2016 ialah sebanyak 865,472 kenderaan. Jumlah kutipan caj jalan adalah RM 17 juta dan kerajan negeri Johor menerima RM 4.3 juta.
Ini bermakna kutipan caj jalan kenderaan aing melalui dua-dua pintu masuk ini akan mencecah RM 102 juta setahun dan pulangan kepada jeraajan negeri adalah RM 25.8 juta; sebahagian besar kutipan caj jalan ini sepatunya digunakan untuk menubuhkan Tabung Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia untu memajukan system pengakutan awam di Johgor Selatan termasuk bas awam dan RTS-LRT-MRT.
Walaupun Reka Bentuk Kejuruteraan projek RTS di antara Woodlands dan Bukit Chagar dijangka siap pada bulan Ogos tahun ini, tetapi kerajaan beluma da pelan yang jelas untuk membina system jaringan LRT-MRT di antara JB Sentral dan kawasan perumahan dan komersil di persekitaran Iskandar Malaysia.
Bilangan penduduk Iskandar Malaysia adalah 1. 8 juta pada waktu ini dan dijangka akan mencecah 3 juta pada tahun 2025. Dengan jangkaan ini dua-dua Singapura dan Iskandar Malaysia akan mempunyai penduduk seramai 10 juta. Oleh itu jaringan RTS-LRT-MRT lebih berkesan jika digabung dengan MRT di Singapura, malahan perpindahan teknologi, modal, budaya di antara dua Negara dapat dipertingkatkan jika jaringan MRT Iskandar Malaysia dan Singapura dicantum untuk melayan penduduk lebih daripada 10 juta pada zaman yang akan datang.
Kerajaan negeri sepatutnya menasihat Kerajaan Persekutuan sebab jaringan MRT antara Iskandar Malaysia dan Singapura akan membawa kesan ekonomi, sosiobudaya yang lebih berjaya kepada Negeri Johor berbanding dengan HSR dan Landasan Keretapi Berkembar.
2. SAJ Deposit dan Dividens
Kenaikan deposit air SAJ telah dilaksanakan mengikut Peruntukan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air, Deposit, Fee dan Caj Perkhidmatan Air 2014 di bawah Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2009.
Akaun SAJ Ranhill Sdn. Bhd. yang terlibat dalam kajian semula deposit ini adalah 383,085 akaun. Menurut aduan yang diterima kenaikan deposit akaun individu merangkumi antara RM 50 dan RM 300. Ini bermakna SAJ Ranhill Sdn. Bhd dapat mengutip kenaikan deposit sejumlah antara RM 19 juta dan RM 114 juta.
Selan dari itu, tarif- tarif air Johor baru dinaikkan sebanyak 25% pada purata sejak 1hb Ogos 2015. Kenaikan dua-dua tarif dan deposit Saj sewajarnya dikaji dengan teliti.
SAJ Holdings Sdn. Bhd. dengan 100% saham miliki Ranhill Utilities Berhad memberikan dividen sejumlah RM 146 juta pada tahn 2013, RM 46 juta pada tahun 2014. SAJ Holdings Sdn Bhd ditukar nama kepada SAJ Ranhill Sdn Bhd. dengan 80% saham milik Ranhill Utilities Berhad dan 20% miliki kerajaan Johor telah memberikan dividen sejumlah RM 92 juta pada tahun 2015.
Adalah kurang munasabah bagi SAJ Holdings Sdn Bhd/ SAJ Ranhill Sdn Bhd nenaikkan tarif air dan deposit air untuk tujuan memberikan dividen yang begitu tinggi kepada pemegang saham. Deposit pengguna SAJ sepatutnya disalurkan kepada suatu tabung khas untuk tujuan pembangunan bekalan air dan interest seharusnya diberikan kepada pengguna setiap tahun.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, sebanyak 15 empangan dan kawasan tadahan air seluas 111,104 hektar belum diwartakan dan 5 belum diwartkan sebagai kawasan keutamaan I dan II disebabkan kekurangan peruntukan. Saya mengahrapakn kerajaan negeri akan memohon geran daripada kerajaan persekutuan atau membuat pinjaman daripada kerajaan negeri denag keadaan kewangan yang kukuh seperti Negeri Selangor dna Pulau Pinang.
3. Perumahan
Laporan BNM- Perumahan Mampu Milik Johor;
Menurut huraian YAB Menteri besar baru-baru ini, kira-kira 88,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah termasuk apartment servis, kilang, kedai komersil kuota bumiputera di Johor akan ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa.
Sebelum ini, Menteri Besar telah menyatakan bahawa pertukaran 3,000 unit lot bumiputera telah berjaya memperolehi RM600 juta daripada pemaju dan dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).
Ini bermakna pertukaran 88,000 unit hartanah lot rizab bumiputera akan mendatangkan kutipan caj pertukaran status sebanyak RM 17.6 billion kepada Tabung Hartanah Bumiputera. Walaupun ini merupakan jumlah tabung yang besar, keberkesanan dasar perumahan sedemikian belum dapat menyelesaikan masalah perumahan mampu milik kepada kalangan berpendaptan sederhana dan rendah.
IRDA telah mengjangka bilangan penduduk Iskandar Malaysia akan mencecah 3 juta pada tahun 2025 dengan permintaan rumah mampu milik sebanyak 500 ribu. Sasaran pembinaan rumah mampu milik di Negeri Johor cuma 60 ribu unit menjelang tahun 2020 manakala hanya 8,766 unit siap dan 40,022 unit baru mula dibina pada tahun ini. Sasaran pembinaan rumah mampu milik di kawasan Iskandar Malaysia cuma 36,282 menjelang tahun 2020-iaitu 7% daripada permintaan dijangka yang akan mencecah 500 ribu.
Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016, harga rumah di Malaysia meningkat lebih cepat daripada pendapatan isi rumah. Berdasarkan harga rumah median semasa, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah.
Keadaan ini disebabkan terutamanya oleh bekalan rumah yang tidak memenuhi permintaan berikutan jangkaan yang berbeza antara isi rumah dengan pemaju perumahan. Isu ini bertambah buruk apabila bekalan rumah baharu lebih banyak tertumpu pada jenis rumah berharga tinggi.
Nisbah harga rumah dan pendapatan isi rumah di Negeri Johor dikatakan “sangat tidak mampu milik. Harga rumah mampu milik di Negeri Johor adalah RM 260, 000 ke bawah dan Johor Bahru RM 335,000 ke bawah. Menurut laporan Bank Negara, 80% rumah yang belum dijual dalah rumah mewah. Oleh itu, diskaun dan kuota rumah mewah Bumiputera tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan rumah mampu milik.
Antara tahun 2012-2014, 24% rumah dibina dalah rumah mewah berbanding dengan tahun 2008-2009 Cuma 5% rumah dibina dalah rumah mewah. Malahan kadar peningkatan harga rumah adalah lebih pesat daripada pendapatan isi rumah median.
Keadaan ini adalah paling ketara di Iskandar Malaysia khasnya pembangunan projek-projek perumahan mewah yang ditujukan untuk warga asing tanpa mempertimbangkan keperluan social setempat.
Strategi-strategi untuk menyediakan perumhan bagi generasi akan dating mesti dikenal pastikan berkesan, efisien dna adil:
(1). Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan Johor sepatutnya lebih pro-aktif dalam usaha membina rumah mampu milik rakyat dan juga kawasan perbandaran baru dengan rancangan rapi infratruktur yang lebih maju khasnya dilingkungi sistem pengangkutan awam yang lebih canggih termasuk bas dan MRT untuk menghubungi luarkawasan perbandaran baru dan Iskandar Malaysia.
(2). Pembukaan kawasan perumahan baru sejumlah 60,000 unit di Kota Tinggi oleh JCorp dan 6,000 oleh YPJH amat menggalakkan. Tetapi kawasan perumahan mampu milik di Kawasan iskandar Malaysia memerlukan penglibatan GLC yang lebih giat.
Malahan GLC khasnya JCorp dan KPRJ sepatutnya mengambil alih tanggung jawab social untuk mempelapori usaha membina perumahan mampu milik untuk menemui permintaan yang semakin mendesak.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015, Kerajaan Negeri Johor dari semasa ke semasa akan mengurnikan tanah kepada KPRJSB, oleh itu, KPRJSB sewajarnya memastikan tanah yang dikurniakan akan dibanguna sebagai perumahan mampu milik.
Semakan audit medapati 15 bidang tanah KPRJSB seluas 3,24.87 ekar masih belum dimajukan. Saya mencadangklan supaya 15 bidang tanah tersebut dirancangkan untuk tujuan rumah mampu milik dalam jangka masa panjang.
Tanah seluas 63 ekar miliki KPRJSB di Larkin Jaya Johor Bahru mula dimajukan pada tahun 2006 secara usaha sama dengan sebuah syarikat swasta. Pembinaan 1,351 unit daripada 1,951 unit perumahan mampu milik Larkin Jaya masih ditangguhkan. Keadaan kewangan KPRJSB sewajarnya diberikan perhatian sepenuhnya kerana penglibatannya dalam usaha mempergiatkan pembinaan perumahan mampu milik.
(3). Malahan Lembaga Perumahan diperlukan untuk menyeleraskan keseimbangan pembangunan perumahan mampu milik dan hartanah mewah lain;
(4). Kuota Menegak Kerajaan (KMK) yang bukan berasaskan keperluan dan kemampuan rakyat telah menjejaskan dasar perumahan yang adil. Ini telah menggalakan kronisme dan rasuah; adalah dicadangkan pembahagian rumah mampu milik berasaskan keperluan, kemampuan dan undi atau Draw Lots di mana semua kalangan berkelayakan di pilih secara adil;
(5). Kuota rumah mewah rizab bumiputera sepatutnya dikaji semula. Kalangan bumipuetra atasan yang mampu membeli rumah mewah tidak memerlukan diskaun, malahan kos diskaun tersebut akan dikenakan kepada kalangan bumiputera bawahan serta mengakibatkan rasuah di antara golongan pembuat dasar.
(6). Pengurusan Hak Milik Strata dan Tribunal adalah amat penting bagi pengurusan perumahan secara jangka masa panjang. Walaupun usul penubuhan Tribunal Pengurusan Hak Milik Strata telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, harap semoga Tribunal berkenaan akan berfiungsi secepat mungkin untuk menangani perselisihan pengurusan hartanah bertingkat.
Harga rumah semakin mahal kekurangan tanah dan bilangan penduduk akan bertambah dengan pesat, oleh itu, generasi akan datang akan menduduki kediaman bertingkat dan melabncarkan pengurusannya adalah amat penting termasuk menggabungkan Akta Kerajaan Tempatan dan Akta Hak Milik Bertingkat di bawah bidang kuasa PBT bersama untuk mengelakkan permasalahan kutipan yuran pengurusan seperti Singapura.
4. IWH-CREC
TRX City Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan, pemegang tanah Bandar Malaysia, pada Rabu lalu telah mengumumkan perjanjian penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia kepada ICSB itu telah luput kerana consortium ICSB gagal membuat pembayaran.
Walaupun ICSB mempertikaikan kenyataaan itu dan menyatakan ICSB telah mematuhi syarat-syarat sewajarnya mengikut perjanjianj jual-beli, persoalan ini telah membangkitkan keraguan di antara para pelabur dan menjejaskan suasana pelaburan di Malaysia lkhasnya di Iskandar Malaysia.
Ekuiti ICSB 40% dimiliki CREC atau China Railway Engineering Corporation, dan 60% dimiliki IWH. Ekuiti IWH 60% dimiliki Credence Resources Sdn. Bhd. dan 40% KPRJ. Pada keseluruhan CREC memiliki 24% ekuiti, dan Credence 21.6%, KPRJ 14.4% dalam projek Bandar Malaysia.
Ini bermakna kepentingan GLC kerajaan Johor KPRJ terlibat, dan kegagalan projek ini akan membawa kerugian kepada Bendahari Johor. Perjanjian untuk mengambil alih 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia yang memiliki 486 ekar tanah prima di Sungai Besi pada harga RM7.41 billion akan mendatangkan tanggungan sejumlah RM 1.78 billion kepada KPRJ dan pembayaran deposit RM 178 juta.
Ekoran dakwaan TRX City Sdn.. Bhd. dagangan saham Iskandar Waterfront City Bhd secara sukarela digantung berkuat kuasa daripada jam 9 pagi, 4 Mei 2017, Saham syarikat berkaitan IW City, Ekovest, jatuh ke paras rendah RM1.01 selepas berita berkenaan.
Efek kegagalan projek ini telah sekurang-kurangnya membawa kerugian sekurang-kurangnya RM 178 juta bayaran deposit kepada KPRJ, dan pada jangkia masa panjang klerugian ekonomi adalah melebihi RM 1.7 billion. Oleh itu, kesan perjanjian projek ini sewajarnya dikaji dengan teliti oleh semua pihak.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015, KPRJSB mempunyai 18 buah syarikat subsidiari dengan kos pelaburan berjumlah RM 432.97 juta dan 9 buah syarikat bersekutu dengan nilai pelaburan berjumlah RM 144.55 juta yang menjalankan pelbagai aktiviti.
Cuma 6 buah syarikat subsidiari yang aktif dan 12 buah syarikat subsidiarinya dalam keadaan dorman. Selain daripada sebuah syarikat subsidiary beruntung, 17 buah syarikat subsidiarinya mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM24.49 juta pada tahun 2014.
Keadaan kewangan KPRJSB amat merisaukan khasnya selepas TRX City Sdn Bhd. mengumumkan kegagalan perjanjian IWH-CREC mengambil alih 60% ekuiti Bandar Malaysia. Memandangkan kerugian anak-anak syarikatnya, pengurusan kewangan KPRJSB perlu dikemaskinikan.
Banyak persoalan tertimbul daripada kegagalan perjanjian projek ini, termasuk keraguan terhadap dasar ekonomi, dasar kewangan dan sistem politik kita. Dua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan seharusnya berunding semula bagi menyelesaikan perselisihan berkenaan isu pembayaran kerana ini juga melibatkan kepentingan GLC Kerajaan Negeri Johor.
5. Kawalan Pengeluaran modal dari Negeri Cina dan impak kepada Iskandar Malaysia/ Forest City dan dasar imigresen
Saya menjunjung kasih ke bawah Titah DYMM Tuanku Sultan Johor usahlah Negeri Johor memilih kasih asal negara pelabur asalkan projek-projek pelaburan akan membawa kesan positif kepada pembangunan Negeri Johor dan maanfaat kepada rakyat Johor pada jangka masa panjang.
Baru-baru ini kawalan pengeluaran modal dari Negeri Cina telah membawa impak negative kepada projek-projek pembangunan di persekitaran Iskandar Malaysia termasuk Forest City dan Country Garden.
Jika kerajaan ingin menjayakan pembangunan Iskandar Malaysia seumpama Dubai, dasar-dasar yang lebih transparen dan mengalu-alukan pelabur mana-mana Negara dengan sikap terbuka.
Dasar ekonomi yang transparen boleh di sebaliknya meyakinkan para pelabur domestik dan asing. Seperti dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen YB Permatang Pauh telah mencadangkan supaya sebuah Suruhanjaya Di Raja Kebenaran dan Perdamaian untuk menyiasat skandal –skandal kewangan yang berlaku setakat ini termasuk 1MDB, BMF, Perwaja dan tabung wawam digunakan untuk menyelemastkan syarikat mana-mana pemimpin.
Tujuan penubuhan suruhanjaya ini bukan untuk membalas dendam kepada sesiapa tetapi untuk tujuan mengenal pastikan punca skandal yang mendatangkan kerugian berbillion ringgit kepada kerajaan.
Ada sesetengah pihak mendedak dada bila kuncu-kuncu sendiri tidak dikurniakan projek kerajaan seolah-olah beliau yang menegakkan budaya cekap dan amanah. Di sebaliknya beliau akan senyap sebaik sahaja kuncu-kuncunya dikurniakan kontrak kerajaan semula. Beliau bukan bapa cakap dan amanah tetapi bapa ekonomi kronisme dan nepotisme.
6. Kadar Pengangguran
Menurut laporan Bank Negara Malaysia, kadar pengangguran belia pada tahun 2015 dalah setinggi 10.7% iaitu 3.5 kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional pada tahap 3.1%.
Kebolehgajian siswazah di Malaysia semakin membimbangkan menurut laporan yang sama. Kadar pengangguran siswazah adalah 15.3% atau seramai 62,000 orang, berbanding dengan 9.8% atau 212,000 bagi kalangan berpendidikan bukan tertiari.
Menurut laporan Bank Negara, walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin tinggi, peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam ekonomi Malaysia masih tertumpu pada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana, industri dalam aktiviti nilai ditambah yang rendah dengan pergantungan pada tenaga kerja yang murah.
Menurut laporan Bank Negara, Gaji bulanan purata bagi graduan ijazah pertama adalah M 1734 pada tahun 2007 berbanding dengan kenaikan 25% sahaja kepada RM 2,182 pada tahun 2015.
Kebolehsaingan siswazah dan kalangan bukan berpendidikan tertiari masih terus menerus kurang giat. Iskandar Malaysia merupakan pelapor bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi supaya lebih banyak pekerjaan bergaji dan berkemahiran tinggi akan dihasilkan.
Penyumbang KDNK dalam sektor ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan atau K Economy adalah amat rendah- iaitu, kesihatan 1.4%, pelancongan 1.6%, kewangan 0.7%, logistik 3.0%, perindustrian 6.2%, pendidikan 1.0%, industri kreativiti 0.3% , teknologi terkini 1.4%. maka kerejaan memerlukan pelan yang lebih berkesan untuk menarik pelaburan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuna dan kemhiran tinggi.
7. Bagaimanakah Johor boleh menjadi Negeri Maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 memandangkan kemelesetan nilai ringgit?
Menurut Institue for Democracy and Economic Affairs, pendapatan purata warga Malaysia telah merosot sebanyak 15% dari USD 10,345 tahun 2013 dan USD 8,821 pada tahun 2016 disebabkan kemelesetan nilai ringgit.
Pendapatan purata warga Johor pada tahun 2015 adalah RM 29,539 (USD 8,462) jauh lagi dari tahap negeri maju iaitu USD 15,000 menjelang tahun 2020.