Aidilfitri 2012: “Bina masa depan gemilang”-Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR 18 OGOS:  Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas, umur maupun jantina perlu membina semula negara ini dengan berpegang kukuh kepada prinsip demokrasi, keadilan, solidariti, integriti dan urus tadbir yang baik. Demikian kenyataan Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita punya masa depan bersama. Marilah sama-sama kita tempa masa depan Malaysia yang progresif dan makmur sejahtera atau, kita semua akan menderita disebabkan kelemahan sendiri yang cuma menghalang negara dari mendapat nikmat sumber hasil bumi dan tenaga usaha kita.

“Hanya beberapa ketika lagi kita juga akan menyambut hari Merdeka yang ke 55 dan Hari Malaysia yang ke 49. Ia merupakan sebuah acara untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, marilah kita menyahut seruan untuk berjuang dan mencapai kegemilangan sebagai sebuah bangsa dan negara.

“Dalam kesempatan pada hari yang penuh berbahagia dan mulia ini, samada kita yang bukan beragama Islam bersama-sama teman yang beragama Islam menyambut tarikh penting ini sebagai perayaan kebangsaan. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.” Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.roketkini.com

Recommended Posts