Kisah Menyentuh Hati Persahabatan Lim Guan Eng dan Mat Sabu

whatsapp image 2023 04 26 at 15.06.20 (1)

Beraya ke rumah rakan berlainan bangsa dan agama bukanlah satu perkara yang aneh di Malaysia. Malah, ia perkara yang sangat dikagumi memandangkan toleransi yang berjaya ditunjukkan sesama bangsa di Malaysia walaupun kita pernah mempunyai sejarah hitam satu masa dulu.

Salah satu kisah yang menjadi perhatian baru-baru ni adalah apabila Lim Guan Eng melawat Mat Sabu sempena perayaan Aidilfitri yang berlangsung pada 22 April baru-baru ini. Ia sebenarnya bukanlah satu perkara yang baru sebab saban tahun, Lim Guan Eng akan mengajak seluruh ahli keluarganya untuk beraya ke rumah Mat Sabu untuk beraya dan merasa sendiri masakan sahabatnya itu. Malah kata Lim Guan Eng,

“Masakan Menteri (Mat Sabu) tiada tandingan. Memang terbaik! Inilah Mat yang kami kenali sebagai setia kepada kawan dan perjuangan seterusnya selama-lamanya.”

whatsapp image 2023 04 26 at 13.51.32
Kemesraan mereka bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Malah sejak PRU yang lepas, kisah persahabatan mereka pernah ditunjukkan dalam sebuah video pendek.

Persahabatan ini bermula semasa mereka berdua masuk penjara bersama selama 18 bulan, iaitu selepas mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA pada 1987-1989.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai perbincang dari pandangan politik, sehinggalah perkongsian resipi memandangkan mereka selalu masak bersama. Lim Guan Eng juga pernah mengakui yang beliau sangat sukakan masakan Mat Sabu, terutama sekali kari kepala ikan yang dimasak sahabatnya itu.

whatsapp image 2023 04 26 at 13.52.55
Selain daripada kisah manis, mereka berdua juga tak terlepas dari dugaan, apatah lagi sebagai orang kenamaan yang akan selalu menjadi perhatian masyarakat. Lumrah manusia, kita tak akan terlepas dari ditimpa masalah berkaitan ahli keluarga. Di sini kita dapat lihat yang Mat Sabu dan Lim Guan Eng akan selalu berada di sisi masing-masing apabila salah seorang memerlukan sokongan moral.
whatsapp image 2023 04 26 at 13.44.37
Ini menunjukkan semangat setiakawan mereka yang tinggi, bukan hanya sekadar berbincang hal makanan mahupun politik. Tapi, mereka juga selalu ada sebagai sokongan moral jika salah seorang memerlukannya.

Perkara ini sendiri diakui oleh Perdana Menteri kini, Dato Seri Anwar Ibrahim yang pernah menyifatkan persahabatan mereka sebagai sebuah persahabatan sejati. Malah Hannah Yeoh juga menyarankan supaya kita bersatu seperti kedua sahabat ini yang mempunyai persahabatan sejati walaupun berlainan bangsa dan agama.

Recommended Posts