Bencana banjir: Wakil rakyat DAP bersama penduduk

whatsapp image 2024 01 09 at 4.12.25 pm

Wakil-wakil rakyat DAP terus proaktif menghulurkan bantuan dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di Johor.

Ahli Dewan Undangan Skudai, Marina Ibrahim antaranya, telah membantu proses pengalihan barangan di rumah mangsa yang terlibat, selain mengurus bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Katanya, kerjasama antara semua pihak termasuk penduduk kawasan, Pihak Majlis, Tok Ketua dan penghulu sangat penting dalam berdepan dengan musibah banjir ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong juga tidak ketinggalan untuk turun padang dan melawat sendiri mangsa banjir yang terlibat, selain menguruskan bantuan bekalan makanan kering dan air minuman bagi mereka.

“Pasukan Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Pejabat ADUN Skudai akan terus memantau situasi terkini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi pula melawat beberapa PPS dan rumah yang terlibat di Taman Ilham, Kluang untuk mendengar permasalahan dan cadangan daripada penduduk tempatan.

Jelasnya, beliau akan mencari solusi bersama agensi yang berkenaan dalam usaha untuk mendepani masalah banjir yang berlaku di kawasan Parlimennya.

Wong Shu Qi juga menerusi pasukannya di Pejabat Parlimen Kluang telah menyelaraskan pengagihan bantuan makanan, air mineral dan keperluan lain buat mangsa banjir di beberapa PPS terlibat.

Recommended Posts