“One of the best MPs!” puji Speaker Tan Sri Dato’ Johari Abdul tentang Sdri Yeo Bee Yin

805ecdff 96ab 4639 915a 431919e1719c

Beberapa minggu yang lepas, Saudari Yeo Bee Yin telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar buat anak-anak murid di suatu sekolah menengah di bawah kawasan Parlimen beliau. Ini merupakan satu program yang biasa dianjurkan oleh bukan sahaja Bee Yin, tetapi semua wakil-wakil rakyat daripada DAP supaya ia menjadi satu peluang bagi mendedahkan pelajar-pelajar kepada sistem demokrasi kita. 

Ketika di dalam Dewan Rakyat, semasa Saudari Bee Yin sedang menjelaskan tentang hal-hal dewan, Yang di-Pertua Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pun datang berseloroh dengan anak murid yang sedang duduk di ruang pelawat. Beliau sempat memuji Bee Yin yang katanya,”One of the best MPs!” (antara Ahli Parlimen yang hebat!) Terus tersenyum sambil tersengih Bee Yin yang ada di sebelahnya.

Ujar Tan Sri lagi, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong itu bukan sahaja seorang ibu, beliau juga seorang mantan Menteri dan seorang wakil rakyat yang amat aktif. Menurutnya lagi, Bee Yin ialah seorang Ahli Parlimen yang patut dijadikan contoh kepada anak-anak muda. 

Selepas mendengar kata-kata pujian yang keluar dari mulut Speaker Dewan Rakyat itu sendiri, Bee Yin tak terkata apa, hanya terima kasih tanda penghargaan kerana meraikan kerja khidmatnya selama ini. 

Semoga proses sesi bersidang yang akan berlangsung tidak lama lagi dipermudahkan dan semoga kerjasama antara Speaker Dewan Rakyat dan wakil-wakil rakyat berpanjangan dengan penuh harmoni.

Recommended Posts